Home / Kesihatan / 5 Kesan buruk yang wajib wanita baca apabila mereka tidak berpantang

5 Kesan buruk yang wajib wanita baca apabila mereka tidak berpantang

5 Kesan buruk yang wajib wanita baca apabila mereka tidak berpantang
5 Kesan buruk yang wajib wanita baca apabila mereka tidak berpantang

KESAN BURUK JIKA TIDAK BERPANTANG..WAJIBBB BACA!!!

Ada setengah wanita yang degil, tak mahu berpantang, tak nak ambil jamu selepas bersalin,tak nak berurut atau bertungku, mandi air sejuk,minum air sejuk, makan ikut suka..

Bila mak marah atau tegur tunjuk muka masam atau jawab *alah..! Orang tau la *dalam hati kata* dah tua nanti semua orang sakit, rasa badan ni ok je tak rasa apa2 pun*paling menyedihkan baru 2 minggu bersalin dah berani2 jejak kaki ke shopping mall langsung tidak memikirkan kesan buruk pada masa akan datang…

kalau ada orang macam ni cer baca cerita kat bawah ni.. Tolong baca ia PENTING ok!!!!

 

 RAHIM JATUH/PROLAPSE

prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah & kadangkala terkeluar dari saluran faraj..

keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament & otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan & kelahiran,

justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.. keadaan ini merangkumi beberapa peringkat.

-peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.
-peringkat kedua dimana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj.
-peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran & permukaan faraj,keadaan ini yang biasa di gelar ‘TOMBONG’.

 

GANGGUAN KENCING

Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:
-kerap kencing
-sakit ketika nak kencing
-kencing yang tak terkawal khususnya semasa
batuk,ketawa yang kuat ini dipanggil
(Stress Incontincence).
Keadaan ini menyusahkan & mengaggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan ibadah seperti solat.

 

 GANGGUAN HUBUNGAN KELAMIN

Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil pelvic floor muscle, maka kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu..

ini menyebabkan kepuasan & kenikmatan seks,khususnya kepada sang suami kurang puas & tak menyeronokkan.
Ramai wanita serta suami mengadu tentang kurang nikmat & tidak puas ketika melakukan hubungan seks,

terutama selepas melahirkan anak.perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi di antaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot di sekeliling faraj.

 

SAKIT PINGGANG DAN TIDAK SELESA DI BAHAGIAN SULIT WANITA

Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa di bahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj.. ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan..

oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat di bahagian pinggang juga akan tertarik menyebabkan ramai wanita mengadu sakit pinggang.

 GANGGUAN KESIHATAN

Dalam kes proplapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar,sering kali pintu rahim tergesel pada seluar dalam & menyebabkan luka atau erosion..

luka ini seringkali dijangkiti kuman & menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.

Oleh sebab itu, jangan ambil mudah tentang berpantang, pakai bengkung, makan jamu bersalin & makan makanan yang disyorkan.

Credit : Puan Wafa/ Info Ibu Hamil

11 Sebab Wanita Perlu Berbengkung Lepas Bersalin

Ramai wanita akan mengeluh tentang masalah perut menggeleber dan buncit yang dialami selepas bersalin. Ia memang masalah normal yang akan dilalui oleh wanita yang sudah bergelar ibu.

Tetapi ia bukan masalah yang tiada penyelesaian. Asalkan anda rajin dan konsisten, mudah sahaja ‘melenyapkan’ segala buncit yang muncul itu.

Antara kaedah tradisional popular yang menjadi amalan turun-temurun adalah amalan berbengkung. Bengkung adalah amalan tradisi yang menggunakan sekeping kain panjang yang dililit dan diikat dengan kemas pada sekeliling bahagian perut sebaik sahaja selepas bersalin.

Bengkung dipakai selepas semua rawatan urut, tungku, tangas, param, pilis dan tapel. Selain memakainya pada waktu siang, sebaiknya bengkung mesti dipakai pada waktu malam juga terutama sebelum makan malam bagi membentuk semula bentuk badan.

Untuk mendapat kesan baik anda digalakkan berbengkung selama 44 hari berpantang. Bagi memudahkan kerja, anda boleh menggunakan bengkung moden yang mempunyai tali ataupun yang berpelekat. Jadi, anda boleh memakainya sendiri tanpa perlu menyusahkan orang lain.

Pemakaian bengkung sehingga paras paha lebih digalakkan kerana ia membantuk semula bahagian badan yang berlemak.

Antara kebaikan berbengkung adalah berikut

1. Amalan ini dipercayai boleh membantu mengempiskan perut, memejal dan merampingkan pinggang selepas mengembang akibat proses kehamilan.

2. Selain untuk faktor kecantikan, amalan berbengkung juga membantu menghilangkan sakit belakang yang dialami semasa mengandung.

3. Membantu mengecutkan rahim bengkak selepas bersalin.

4. Mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber selepas bersalin.

5. Membantu mengembalikan kedudukan peranakan.

6. Mempercepatkan pengeluaran darah kotor.

7. Mengelakkan badan daripada ‘masuk angin’.

8. Menguatkan dan mengembalikan kedudukan tulang belakang.

9. Menyokong rahim supaya tidak ‘jatuh’ dari kedudukan asal.

10.Memudahkan pergerakan ketika berpantang kerana perut terasa kemas diikat selepas bayi sudah keluar. Jika tidak berbengkung ibu akan berasa perut seperti bergerak-gerak.

Untuk mendapatkan kebaikan tersebut,amalan berbengkung mesti dilakukan dengan tekun tanpa culas sepanjang tempoh berpantang.

Cara penyediaan berbengkung

Jika berbengkung dengan sapuan herba, perut perlu disapu dengan ramuan herba. Kain kecil digunakan untuk menutup ramuan herba yang disapu pada perut. Kemudian barulah memakai bengkung.

Bengkung perlu dipakai sekurang-kurangnya lima jam sehari. Bengkung haruslah diikat ketat, panjang dan kemas dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul.

Jika pendek ia akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah.

Ibu bersalin secara caesarean perlu menunggu sehingga dua minggu hingga sebulan sebelum memakai bengkung. Cara pemakaian bengkung tradisional dengan meletakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Selepas bengkung dibuka pastikan kawasan jahitan dilap kering.

sumberartikel : majalahpama.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!