Home / Politik / 7 Pandangan Bekas Mufti Perlis Jika PAS dan UMNO Bergabung

7 Pandangan Bekas Mufti Perlis Jika PAS dan UMNO Bergabung

GABUNGAN KERJASAMA PAS DAN UMNO

Setelah sekian lama perbalahan politik antara PAS dan UMNO, hari ini kedengaran ulama PAS mencadangkan agar parti itu bekerjasama dengan UMNO. Sebagai rakyat biasa yang memerhatikan hal ini sekian lama, saya ingin memberikan pandangan berikut;

1. Seeloknya langkah kerjasama tersebut dimulakan secepat mungkin demi kebaikan rakyat negara ini. Kerjasama itu jika dengan maksud tolong menolong ke arah kebaikan dan taqwa, maka ia merupakan suruhan agama.

2. PAS telah berjuang di luar sekian lama untuk membaiki politik UMNO, mengapa tidak PAS mencubanya pula dalam satu kerajaan. Ia satu projek islah siyasah parti lawan dan juga segala kelemahan diri sendiri.

3. Kerjasama bukan bermaksud menghapuskan identiti tetapi gabungan yang mengekalkan identiti namun sering ‘pesan memesan kepada kebenaran dan kepada kesabaran’ seperti arahan dalam Surah al-Asr.

4. Impian rakyat untuk melihat persaingan sihat antara kerajaan dan pembangkang akan lebur jika PAS terus berkrisis seperti sekarang yang boleh membawa pertandingan tiga penjuru dalam pilihanraya akan datang, yang akan melemahkan persaingan sihat dan menjadikan suatu pihak akan begitu dominan.

5. Ruang untuk persaingan siyasah dengan idea-idea baru akan muncul lebih subur dengan pergabungan antara PAS dan UMNO. Di pihak kerajaan akan terasa saingan dalaman yang baru. Di pihak pembangkang akan membuka ruang kepada platform baru politik menggantikan tempat PAS. Moga ia baik untuk negara di sudut ‘politik idea’.

6. Banyak common ground antara PAS dan UMNO selama ini, terutama di sudut aliran kefahaman Islam kedua parti itu. Hanya bahasa yang berbeza, tapi isi mereka banyak yang sama. Golongan muslim yang lebih progresif mungkin akan mempunyai ruang baru yang jelas di medan siyasah dengan hilangnya bayangan Islam PAS yang selama ini dilihat pelbagai versi.

7. Rakyat akan dapat melihat sejauh manakah kejujuran politik antara kedua parti melayu Islam itu apabila mereka bergabung dalam pentadbiran. Penilaian matang akan dapat dibuat.

sumber

Host: Puteraizman.com

One comment

  1. SEKEDAR INFO BOCORAN TOGEL
    JIKA ANDA BUTUH A'NGKA GHOIB/JITU
    SGP HK MALAYSIA ARAB SAUDI LAOS
    2D_3D_4D-5D-6D-7D DI JAMIN 100% TEMBUS…
    SAYA BUKTINYA SUDAH 5X JP
    DAN SAYA SUDAH BENER2 YAKIN DENGAN AKI RORO
    YANG TELAH MEMBERIKAN ANGKA RITUAL NYA
    BAGI ANDA YANG SUKA MAIN TOGEL
    & INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN GABUNG DENGAN AKI RORO
    SILAHKAN HUB DI NO: ((_082_336_642_456_))
    ATAU >>KLIK DI SINI<<
    Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
    benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
    dan alhamdulillah saya dpat Rp 250 juta dan semua ini
    berkat bantuan angka dari AKI RORO
    karena cuma Beliaulah yang memberikan angka
    ritual yg di jamin 100% tembus awal saya
    bergabung hanya memasang 100 ribu karna
    saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
    tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
    angka nya,,,,buat anda yg butuh angka yang di jamin tembus
    hubungi AKI RORO DI NO: ((_082_336_642_456_))
    insya allah beliu akan siap menbatu kesusahan anda
    ''kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T dan terima kasih banyak kepada AKI RORO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *