Home / Masalah sosial / Abang Angkat Minta Gambar Bogel

Abang Angkat Minta Gambar Bogel

SAYA ada seorang abang angkat yang saya kenal semasa di tingkatan tiga manakala dia pula tingkatan empat. Saya tertarik dengan sikapnya yang baik, selalu solat dan tidak meninggalkan suruhan agama.Sepanjang perkenalan kami, dia seorang abang angkat yang amat mengambil berat mengenai saya. Bagaimanapun, kami jarang berjumpa dan berbual kerana saya seorang pemalu.

Pada 2008 dia bercinta dengan rakan sekelas saya. Sejak itu hubungan kami menjadi renggang sedikit. Pada tahun yang sama, dia minta gambar saya dan saya menghantarnya menggunakan khidmat pesanan multimedia (MMS), namun dia tak puas hati. Rupa-rupanya dia mahu gambar saya tanpa seurat benang.

Saya menolak permintaannya namun berulang kali dia memujuk saya dan akhirnya saya penuhi permintaannya itu atas dasar sayang. Dia kemudian berjanji tidak akan meminta apa-apa gambar lagi daripada saya. Namun, janji tinggal janji. Dia meminta lagi gambar saya tanpa pakaian dan bila saya enggan memenuhi permintaannya, dia mengugut akan menyebarkan gambar yang saya berikan kepadanya sebelum ini.

Apapun, saya tetap berkeras tidak mahu melayan permintaannya lagi kerana tidak mahu memalukan keluarga. Berikutan itu, abang angkat saya berjanji akan memadam gambar bogel saya itu dengan syarat saya membenarkan dia menyentuh payudara saya. Saya amat terkejut dan kecewa dengan sikapnya itu. Apa yang patut saya lakukan sekarang? Saya menyesal dengan tindakan saya sebelum ini dan amat takut jika dia menyebarkan gambar bogel saya itu, Tolonglah saya.-sesamaislam.blogspot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *