Home / Berita / Aku doakan Najib dan UMNO mampus – Ustaz Abe

Aku doakan Najib dan UMNO mampus – Ustaz Abe

Sebut sahaja GST semestinya rakyat akan mengeluh kecuali mereka yang sememangnya menyokong UMNo dan kepimpinan Najib dengan memberi alasan jahil seperti menteri-menterinya

ini antara alasan mengapa mereka masih menyokong UMNO

Time cuci kereta tadi dok sebelah brader sorang ni.
Dia dok baca paper lepas tu geleng2 kepala.

Lepas tu dia pandang aku dan kata, “Makin lama semua benda naik harga.”

Aku hanya senyum.

Kemudian dia kata, “Malam ni harga minyak dijangka naik lagi. Semua naik naik naik! Apa nak jadi dgn negara ni pun tak tahu. Pasal Najib le ni….”

Petik nama PM ni memang aku xleh kompromi lah.

Aku perhatikan diri dia. Bawak kereta pun kereta Toyota, agak baru.

Lepas tu aku tanya dia, “Tu kereta bro ka?”

Lalu dia senyum dan kata ya.

“Lama dah pakai?” aku tanya lagi.

“Lama jugak la bro. Dalam 1 tahun,” jawabnya sambil mulutnya mula membakar rokok yg terkepit di bibir.

“Mesti mahal kan?” aku tanya lagi.

“Boleh tahan la bro. Ko bukan tak tau…sekarang barang semua makin mahal,” ujarnya sambil menghembus asap Dunhill.

“Memang asal KL ka?” aku bertanya lanjut.

“Tak bro. Aku asal Penang. Tapi dah settle sini 20 tahun dah. Bisnes kat sini. Bini pun org sini. Dah settle for good kat sini la,” katanya panjang lebar.

“Ooo…mahal beli rumah bro?” aku tanya lagi.

“Mahal gak bro. Skrg teres 2 tingkat pun dah dekat sejuta dah. Mujur aku beli dulu murah la,” katanya lagi dengan dahi berkerut.

“Kalau nak jual sekarang rumah bro tu berapa harganya?”

“Dulu beli dalam 300K….sekarang survey market rumah tu boleh pergi dekat 700K. Area town bro,” katanya dengan bangga.

“Aisey….nape jual harga mahal? Patut harga dia kekal 300K. Ni semua salah Najib la ni!” balas aku.

Brader tu terdiam. Senyumnya menjadi kelat.

Kemudian aku sambung lagi, “Bro, aku nak tanya…ada tak negara dalam dunia yang harga barangnya kekal atau turun dengan peredaran zaman? Cuba namakan negara yang harga barang dorang makin turun atau kekal.”

Brader tu diam lagi.

Dia mengalih pandangan pada keretanya dan sesekali menjentik rokoknya utk buang abu puntung.

“Bang, kereta dah siap,” kata Bangla tukang cuci kereta kepada brader itu.

Cepat2 dia bangun…pijak puntung rokok dan dia minta diri.

Aku sambung lagi utk kali terakhir, “Ada satu benda kat negara ni kekal harga dah dekat berpuluh-puluh tahun. Itulah caj perubatan. Sampai sekarang harga dia singgit…”

Brader tu cepat-cepat jalan. Aku perasan telinga dia merah padam.

Artkel asal : Abdul Rahman Abdul Kadir

itu dari sebelah pihak yang menyokong kerajaan UMNO dan BN bagaimana pula dengan pandangan anda sekarang? adakah kehidupan anda hari ini lebih baik kerana GST?

jika GST dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia mungkin ustaz ini tidak mengamuk dan mendoakan UMNO Mampus.

berikut pula pandangan daripada PKR tentang GST :

SHAH ALAM, 26 OKT : Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar pengenalan awal sebanyak 6 peratus adalah tinggi dan membebankan.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata negara Singapura yang tiada mempunya hasil bumi memulakan dengan kadar 3 peratus (1994), kemudian 4 peratus (2003), 5 peratus (2004) dan terkini 7 peratus (2007).

“Bukankah tahun-tahun sebelumnya, diusulkan kadar 4 peratus, pelaksanaan GST memerlukan regim yang bersih dan efisyen. Malangnya, yang ada sekarang tidak begitu meyakinkan,” kata Nurul Izzah di laman Twitternya.nurul izzah anwar

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata di Twitternya bahawa pengumuman pelaksanaan GST itu adalah satu berita buruk kerana secara purata setiap keluarga akan membayar sebanyak RM1,000 setahun untuk GST.

“Golongan muda dan pesara akan lebih menghadapi sengsara dengan pelaksanaan GST ini,” katanya.

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak membentangkan cadangan GST sebanyak 6 peratus bermula 1 April 2015 dalam pembentangan Bajet 2014 hari ini.

Pengumuman itu disambut sorakan bantahan anggota Parlimen Pakatan Rakyat yang konsisten menentang cukai itu daripada dilaksanakan.

Sim Tze TzinDalam Belanjawawan 2014 Pakatan Rakyat cadangan kerajaan untuk memperkenalkan GST bukan satu langkah bijak kerana ia adalah cukai regresif apabila golongan berpendapatan rendah terpaksa membayar cukai lebih tinggi.

Belanjawan 2014 Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk memastikan pelaksanaan sistem cukai progresif daripada perspektif perkongsian lebih adil dalam pelarasan beban fiskal yang perlu ditanggung lebih oleh golongan kaya dan kumpulan berpendapatan tinggi.

Dengan tidak memperkenalkan GST, Pakatan Rakyat mencadangkan inisiatif lain untuk mempelbagaikan asas pendapatan kerajaan persekutuan dan memperluaskan sumber pendapatan ,terutama cukai langsung serta hasil bukan cukai.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *