Home / Cinta / astagfirullah, umur baru 23 tahun, anak dah 5 orang,semuanya anak tanpa bapa sah..allah..

astagfirullah, umur baru 23 tahun, anak dah 5 orang,semuanya anak tanpa bapa sah..allah..

Satu Cerita Seribu Kisah

“Ummi, bantu kami. Saya ada sepupu, mengandung lagi. Ini anak yang ke 5, semuanya anak tidak sah taraf. Apa patut kami buat lagi, tiap kali mengandung, kami hantar ke rumah perlindungan, tiap kali juga dia lari. Mak dan nenek dah tak tahu nak buat macamana lagi. Bapanya lari tinggalkan emaknya selepas dia dilahirkan.”

” oh…kasihannya, berapa umurnya sekarang?”

 

” 23 tahun, ummi.”

” astagfirullah, umur baru 23 tahun, anak dah 5 orang. Umur berapa dia mula mengandung?”

” umur 16 tahun dia mengandung anak pertama. Umur 23 dah mengandung anak ke 5. Ada yang sempat 2 tahun, ada yang tiap tahun mengandung.”

 

” mana anak anaknya?”

” anak pertama, saya tolong pelihara. Anak anak yang lain diberikan kepada keluarga angkat. Setiap anak yang dia beri kepada keluarga angkat, keluarga angkat beri saguhati dalam 4K, 5K. Tu yang dia rajin beranak .”

” astagfirullahil azim. Semua anak bapa yang sama ke? Kenapalah tak bernikah aja. ”

 

” bukan lelaki yang sama. Semua lain lain. Lepas main main, dah puas, bila tahu mengandung aja, terus tinggalkan. Jenis lelaki yang tidak bertanggungjawap dan tidak mahu pikul tanggungjawap. Kami dah puas nasihat, masih juga dia liar begitu. Sebab tu bila dihantar ke rumah perlindungan pun dia lari. Konon nak hidup bebas, tapi tak pandai jaga diri. Suka dimainkan lelaki.”

” mungkin dia juga jenis cari lelaki. Dia juga mengumpan lelaki, sebab tu lelaki main main aja dengan dia, takde yang nak buat bini. ”

 

” habis tu kami nak buat apa puan, nenek dan emaknya nak masukkan dia ke tempat puan, mana tahu dia mahu bertaubat dan berubah. Nenek dan emak tak mahu dia terus lalai dan hanyut begini. Sampai bila , banyak mana lagi anak anak tak berbapa dia nak lahirkan. ”

 

” kami tidak ada masalah untuk menerima dia, asalkan niatnya benar benar mahu bertaubat dan berubah. InsyaAllah kami bimbing dia menuju redha Allah.”

.
.
.
.
.

Mohon saudara Saudara sekelian fikirkan…

Bagaimana kita nak mengatasi,

1. Ketagihan seks setelah seronok merasainya.

2. Apabila dia merasa boleh dapat duit melalui anaknya. Orang jenis gini, makan minum dia tak berapa hirau sangat, kandungan pun tak berapa jaga, asalkan dia boleh beli barang utama, seperti smartphone hasil saguhati serah anak kepada keluarga angkat.

3. Kesedaran diri perbuatan yang dilakukannya adalah salah di sini agama dan undang undang.

Saya tak tergamak tanya, adakah dia hidup dibawah pengarun dadah juga. Tak sampai hati nak tanya, kasihan sangat sangat.

Semoga ada jalan untuk dia berubah dan sedar kesilapan jalan hidup yang dilaluinya sekarang ini.

Kakak sepupu ini sedang usaha memujuk dan beri tazkirah agar mahu berubah dan mendalami ilmu agama. Paling kurang solat dan baca quran.

Ummi Yang Menulis,

Muna liza binti Ismail

#BaitusSolehah

#DariFailPeribadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!