Home / Berita / ayah naik hantu-bayi itu kelihatan seakan-akan tercekik dek kerana asyik diasak dengan nasi kedalam mulutnya

ayah naik hantu-bayi itu kelihatan seakan-akan tercekik dek kerana asyik diasak dengan nasi kedalam mulutnya

Video: Bapa Pukul Bayi Guna ‘Hanger’ Kerana Enggan Makan

 LANGSUNG tidak berperikemanusiaan… Gara-gara mahu membalas dendam kepada isteri, seorang bapa sanggup memukul dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada bayinya.

Aksi kejam lelaki itu dirakam menerusi video yang telah dimuat naik oleh laman Facebook page Thelocalsociety.

Menerusi video tersebut, seorang lelaki kelihatan memberi makan kepada bayi yang sedang menangis di atas kerusi.

Bagaimanapun, bayi itu dilihat enggan makan menyebabkan lelaki yang dipercayai bapanya itu ‘naik hantu’ lalu memukul kakinya menggunakan hanger.

Bapa itu juga tidak henti-henti mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa Mandarin sambil memaksa bayi itu makan.

Lebih menyiksakan, bayi itu kelihatan seakan-akan tercekik dek kerana asyik diasak dengan nasi kedalam mulutnya.

Pada akhir video tersebut, lelaki itu dilihat mengalihkan mukanya kepada kamera dan berkata dalam Mandarin, ‘Inilah akibat perbuatan anda!’.

Jika pun mahu balas dendam, adalah tidak wajar si bapa melepaskan amarah tersebut kepada anak kecil yang langsung tidak tahu apa-apa.

Video yang kini tersebar di laman sosial ini turut dikritik netizen yang mengharapkan agar bapa berkenaan segera ditangkap. – MYNEWSHUB.CC

http://sensasiselalu.blogspot.my/

One comment

  1. HELLO ADMIN NUMPANG PROMO YA BOSKU..
    – Web : http://bit.ly/2c8G2QW
    -Minilam Deposit 20.000 Idr & Withdraw 50.000 Idr
    – Komisi referral 50% (syarat ketentuan berlaku)
    Support bank :
    – BCA
    – MANDIRI
    – BNI
    – BRI

    Dapatkan info lebih lanjut hubungi livechat kami,
    Siap 24jam melayani anda semua player-player indomonopoly
    trima kasih dari indomonopoly..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!