Home / Hiburan / Ayahanda Rani kulup beri Amaran Kepada Hafiz Hamidun

Ayahanda Rani kulup beri Amaran Kepada Hafiz Hamidun

PENYANYI Hafiz Hamidun memberitahu dia tidak pernah mengadakan hubungan kelamin dengan Siti Arifah Amin atau Joy Revfa selepas mereka bernikah pada 1 Mei lalu.

Hafiz, 33, berkata, dia bertindak demikian berikutan meragui status wanita berkenaan yang tidak menyerahkan sijil perceraian sehingga tarikh mereka diijab kabul.

“Kami tidak pernah mengadakan hubungan kelamin, saya tidak sentuh dia kerana sejak hari pertama kami berkahwin sudah ada keraguan.

“Sejak bernikah kami tinggal berasingan kerana saya sentiasa berfikir tentang masalah dikemudian hari,” ujarnya kepada mStar Online.

Hafiz berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Artieffect, Damasara Perdana, di sini, pada Selasa.

Penyanyi lagu Jodoh Berdua ini tampil bagi membuat penjelasan berkaitan kemelut rumah tangga dengan Joy Revfa.

Joy dalam kenyataannya menerusi rakaman video siaran mStar pada Selasa berkata mereka sudah ‘bersama’ dan berbulan madu namun Hafiz tidak mempedulikannya selepas itu.

Sementara itu, bercerita tentang kronologi perkahwinan tersebut, Hafiz berkata, keraguannya timbul selepas Joy gagal memberi surat cerai yang dijanjikan selepas mereka berkahwin.

Katanya, dia berkali-kali meminta wanita tersebut menguruskan perkara berkenaan dengan bekas suaminya sebelum hari pernikahan berlangsung.

“Dia mengatakan kepada saya bahawa dia telah bercerai melalui pesanan mesej aplikasi Whatsapp yang dikirim oleh bekas suaminya iaitu Mohd. Rayos bin Abdul Rahim.

“Berkali-kali dia katakan pada saya dokumentasi cerai masih tiada dan mendakwa bekas suaminya tidak mahu selesaikan urusan perceraian.

“Pernikahan diteruskan setelah pihak Pejabat Agama Daerah Petaling berpuas hati dengan pernyataan daripada pihak dia bahawa penceraiannya dengan suami sebelum ini telah berlaku.

“Akhirnya pernikahan di antara saya dan Joy dilangsungkan dengan aku janji untuk memberikan surat perakuan cerai perkahwinan terdahulu selepas majlis akad nikah,” ujarnya.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.

 

Hafiz berkata, dalam hal ini dia sudah sedaya upaya menyelamatkan perkahwinan itu termasuk menemani Joy ke Songkhla bagi mendapatkan sijil perceraian daripada suami pertama.

“Pada 1 Jun 2017, saya dan Joy telah ke Songkhla bagi menguruskan Cerai Taklik di antara dia dan bekas suami di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.

“Saya bersungguh untuk selamatkan perkahwinan ini. Tapi saya tidak jumpa jalan mudah dan perkara itu kerap diganggu oleh pelbagai janji yang tidak dilaksanakan pihak sana,” ujarnya.

namun sebalik isu berkenaan rani kulup telah update status di wall page beliau dengan mengecam tindakan Hafiz hamidun

Ayah nak pesan sikit dekat orang pompuan. Ayah nengok kemain hagat cerita berkaitan hal rumahtangga pendakwah fb dan twitter iaitu Hafiz Jantan.

Orang laki ni sikapnya suka mencari peluang. Sikapnya dapat dilihat terutamanya yang rajin bermain kata di fb dan twitter. Rajin update kata-kata mutiara ibarat meracik burung tekukor termakan dedak. Bila dah leka makan, dia serkap kau pakai jala.. Rajin cerita bab agama tak jamin kau dari buat bende yang jilake..

Kalau dari awal kau rasa ditipu, kenapa nak teruskan perkahwinan? Ni imam dah sahkan pernikahan, kau boleh pulak anggap tu bukan isteri kau. Perkahwinan dan pernikahan adalah sesuatu yang suci. Tapi di mana akal kau bila hari hari sembang agama, tapi perbuatan macam tahi. Kalau bende ni kene kat ayah, memang ayah tujah dulu dah bincang kemudian!

Pendek kata, kau sebagai public finger. Kau kene lebih bijak. Tapi dalam hal ni tak nampak pon kau bijak. Yang ayah nampak kau hanya pertahankan diri kau. Tapi tindakan awal kau, semuanya bangang. Dah jadik masalah, kesian orang pompuan. Ayah okey je kalau ayah jernihkan keadaan. Takde masalah kalau nak mitak ayah jadik چينا buta. Jangan sampai ayah pulak yang sambong bayar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!