Home / Perkahwinan / bakal isteri saya khunsa..doakan kami hidup bahagia walaupun xde hubungan k3lam1n

bakal isteri saya khunsa..doakan kami hidup bahagia walaupun xde hubungan k3lam1n

Assalammualaikum admin. Sy guna fb kwn sy..
Dulu Saya jenis nakal, dgn ex-ex Saya bersedudukan tp dorg yg tinggalkan saya di atas sebab tertentu. Bila Saya jumpa gf Saya sekarang ni, Saya tak sentuh dia pun. Saya hormati dia sb dia amat menjaga penampilan dan keperibadian diri walaupun bukan Islam. Sejak dari hari pertama kami couple,

 

Saya dapat merasakan bahwa dia adalah bidadari Saya. Tetapi min, dia pernah bagitahu yang dia khunsa. Saya ingat dia tipu sebab muka dia bersahaja. Baru-baru ni dia tegaskan yang dia khunsa. Parents nak dia jadi perempuan sb dia sudah ada 2 abang. Dia kata masa kecil dah operation. Masalahnya, dia juga tidak mempunyai rahim dan tidak pernah datang haid.

Saya terkedu.

Tapi sebab sayang, saya terima. Kami ambil keputusan untuk mengambil anak angkat. Ingat kan sudah selesai, tapi dia juga mengatakan bahwa dia tidak menyukai hubungan kelamin. Baginya, cinta adalah cinta. Tak perlukan hubungan kelamin. Malah, walaupun Dia bukan Islam, dia tidak pernah bersedudukan dengan mana-mana lelaki. Ya Allah. Terkedu lagi! Saya yang dahulunya nakal, Tetapi bila sudah bertaubat, saya terima kifayah begini. Saya redha. Walaupun sebagai lelaki, memang terseksa.

Dia juga sering mengatakan bahwa dia bagi Saya “Makan luar” atau berkhawin lagi satu kerana dia sedar kekurangan diri dia. Aslkan jangan tipu dia. Memang bila sudah dapat “Green Light” rasa lega tapi bila lihat mata dia, saya jadi tak sanggup. Berkaca mata dia.. kata rela demi kebahagiaan saya, tetapi sebenarnya hati dia terluka.

Saya redha. Saya menyayangi dia kerana Allah. Walaupun sebagai lelaki itulah nikmatnya suami isteri, tetapi mungkin ada lain yang lebih baik buat kami berdua.

Tahun depan kami bakal bertunang. Tolong doakan kami semua 😊

 

Buat E, walaupun ada perempuan lain suka saya, Saya tak pernah nak curang dengan awak. Awaklah satu-satunya wanita yang mampu bertahan dengan sikap & kekurangan saya. Family & saudara – Mara Saya pun suka awak. Keperibadian awak pun melengkapi hidup saya. Maaf kan saya sebab kita gaduh haritu. Memang mulanya kecewa gila sebab tiada hubungan kelamin selepas nikah, tetapi kita boleh usaha kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!