Home / Bicara agama / Baru Di Uji Dengan Pesta Arak Dan Gay, Sudah Nampak Warna Pemimpin Melayu Islam Pakatan Harapan

Baru Di Uji Dengan Pesta Arak Dan Gay, Sudah Nampak Warna Pemimpin Melayu Islam Pakatan Harapan

Agaknya sengaja Allah wujudkan isu pesta arak dan pesta Gay sebelum pilihanraya PRU14. Mungkin Allah hendak tunjuk siapa sebenar pemimpin Melayu Islam dari kalangan pemimpin pembangkang.

Dari apa yang boleh di lihat mereka nyata sekali malu dan segan untuk membantah terang terangan.

Inilah natijahnya bertuankan orang kafir DAP.

 

Kerana mengejar populariti dunia dan mahu menang undi dunia, mereka tidak berani menegur atau pun membantah.

Sebaliknya cuba menjadi alat pula kepada puak puak yang sentiasa munguji pendirian umat Islam.

Bukan sahaja tidak berani bahkan ada pula ‘anjingan’ melayu Islam dari parti DAP memberi rasional politik untuk menunjukkan dirinya berpendirian sederhana dan “open” kepada kehendak puak laknatullah ini.

 

Terkini, MB Selangor pula mahu tunjukkan sifat terbuka dan bersetuju jika pesta arak “better beer” diadakan di negeri Selangor.

 

Paling ketara untuk di lihat adalah pemimpin lain dalam Pakatan Harapan, tiada lansung mahu berbunyi semacam mereka buat bising kepeada isu GST dan 1MDB.

Jika mereka tahu DAP di sebalik sesuatu “event” atau wakil NGO DAP, terus kecut telur mereka tidak kira besar mana pun serban mereka.

 

Ini sama juga dengan demo tempoh hari di mana puak laknatullah hubungan sejenis mengiringi demo Toksik Politik yang diketuai oleh isteri Mahathir iaitu Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Satu orang pemimpin Melayu Islam dari kalangan Pakatan Harapan pun tidak berani berbunyi serta bersuara.

Jika inilah yang kita boleh saksikan sebagai petunjuk dari Allah berkenaan pemimpin Islam melayu di Pakatan Harapan, apa agaknya reaksi mereka jika DAP gunakan badut melayunya mencadangkan pembubaran RELA, MARA, JAKIM, pembuangan kakitangan melayu dalam kerajaan?

 

Isu kecil pun mereka menikus, apatah isu melibatkan maruah bangsa dan agama mereka boleh bersuarakah nanti? –Tv14

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!