Home / Kesihatan / bayi baru berumur 3 bulan saya dah [email protected]*ng lagi..alasan suami -terbabas-

bayi baru berumur 3 bulan saya dah [email protected]*ng lagi..alasan suami -terbabas-

Salam admin. Mohon hidekan profil sy.
[Perancangan Keluarga]

Saya bersalin secara czer. Sepanjang 6 bulan lepas bersalin, saya yg bersungguh2 mencegah kehamilan, saya ambil pil perancang, tapi sebabkan atas faktor kesihatan, saya berhenti ambil dan merancang untuk mengambil suntikan depo/ merancang untuk rancang sendiri. Belum sempat ambil suntikan, kini saya hamil kembali. Puncanya saya xdapat kerjasama dari pihak suami. Saya kecewa dan rasa tertipu sbb sblm ni suami bersungguh2 kata nak bantu merancang. Tapi suami ambil mudah.

 

Kini bayi saya berusia 7 bulan, dan saya hamil 4 minggu. Saya stress, saya tak bersedia. Saya risau pada risiko yg bkal saya hadapi memandangkan saya czer sblm ini. Saya rasa tertekan sbb saya rasa suami seperti tak kesiankan saya yg baru lepas bersalin czer. Saya rasa saya tak kuat lagi untuk harungi proses mengandung dan bersalin memandangkan saya penah meroyan (post partum deppression type 2) ketika dalam berpantang.

 

Boleh kah ibu2 beri semangat pada saya? Adakah bila isteri2 mengandung dan gagal merancang semuanya salah isteri? Mana tanggungjawab dan belas kasihan seorang suami yg sepatutnya sama2 memberikan kerjasama?

Mengandung perempuan. Beranak perempuan. Berpantang perempuan. Mengandung je dah 9 bulan, berpantang 100 hari =3 bulan, so total jangkamasa utk seorang anak adalah setahun.

 

Lepas tu, 3 bulan bersih, termengandung balik. Orang lelaki senang. Buat lawak cakap “accident”. Ketawa. Tapi penah tak nak fahami apa yg isteri rasa? Luar dalam tak sembuh elok pun lagi, tiba2 nak kena harung balik another one year from a – z.

Dari beranak sampai merancang semua nak isteri yang ambil langkah. Nak suruh Perempuan yg jaga. Perempuan yg take action. Perempuan yg kena ambil langkah mencegah. Suami? Taknak berkorban. Taknak bagi kerjasama. Suruh pakai protection? Mahal. Xsempat beli. Suruh “buang” luar? Alah, xsedap. Tak puas.

 

Memang merancang ni tanggungjawab isteri seorang sahaja ke?

Saya berpendapat, di hospital2 atau KK, lepas bersalin, doktor dan misi2 bukan shj kena sekolahkan ibu shj dalam bab merancang ni. Tapi si bapa juga perlu disekolahkan. Sbb lelaki suka ambil mudah/buat main benda2 macam ni.

 

Memang la anak tu rezeki. Amanah. Tapi nyawa dan kesihatan isteri tu pun amanah jugak.

Mohon hidekan profil saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *