Home / Berita / bekas SISter SAFIEY lllias kena tempias dek kerana nak lelong beg lv

bekas SISter SAFIEY lllias kena tempias dek kerana nak lelong beg lv

SEBELUM ini pengguna laman sosial disajikan dengan posting dari akaun Facebook palsu Datuk Seri Vida (DSV) yang mendakwa kononnya jutawan wanita itu mahu memberi beg jenama mewah, Louis Vuitton secara percuma.

Datuk Vida Posting Palsu

Kini jutawan muda Safiey Ilias yang kisah penghijrahannya viral di laman sosial turut terkena tempias yang sama.

Safiey turut menjadi mangsa kepada pihak tidak bertanggung jawab menggunakan modus operandi yang sama dilakukan pada DSV.

Bermula malam tadi telah viral satu posting di Facebook mengenai pemberian beg dan kasut berjenama oleh Safiey Ilias pula.

Gara-gara Akaun FB Palsu

Setakat ini post berkenaan mendapat 100,101 shares dan 7600 ribu comment daripada pengguna laman Facebook.

Namun, Safiey Ilias tampil menafikan bahawa beliau mempunyai mana-mana pages lain.

Apa yang beliau ada hanyalah sebuah akaun Facebook peribadi dan bukannya page yang menjanjikan hadiah berkenaan.

Ini sekaligus membuktikan page yang duk mengaku “ini betul-betul bukan fake yea” penipu yang lagi besar rupanya.

Hai nasib badan la siapa yang kena gebang sekali lagi…unlike la cepat-cepat…..

Gara-gara Akaun FB Palsu

Peringatan kepada pengguna media sosial di luar sana supaya tidak mudah termakan dengan posting yang belum sahih atau kebenaranya. Adalah lebih baik diselidiki dahulu setiap perkara sebelum menyebarkannya. -MYNEWSHUB.CC

http://www.mynewshub.cc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *