Home / politik / Bengang GST, Sultan samakan muka Ahmad Maslan dengan penyapu!

Bengang GST, Sultan samakan muka Ahmad Maslan dengan penyapu!

Bengang GST, Sultan samakan muka Ahmad Maslan dengan penyapu!
Bengang GST, Sultan samakan muka Ahmad Maslan dengan penyapu!

Bengang GST, Sultan samakan muka Ahmad Maslan dengan penyapu! – sebut sahaja Ahmad Masaln pastinya ramai yang menyumpahnya beliau pernah berkata GST dapat menurunkan harga barang berikut artikel dr astroawani

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) boleh menurunkan harga barang seperti kereta, perabot dan juga barangan elektrik, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Dalam kenyataan ringkas menerusi akaun Twitternya hari ini, beliau memaklumkan bahawa harga bagi sesetengah barangan mampu diturunkan kerana sebelum ini ianya dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berjumlah 10 peratus, tetapi hanya dikenakan GST sebanyak enam peratus.

Selain itu, katanya barangan yang dalam stok pada 1 April 2015 yang telah dikenakan SST pada kadar lima peratus dan 10 peratus boleh dibuat tuntutan melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKBM) dalam masa enam bulan serta dibayar secara berperingkat.

Tambah Ahmad lagi, pembekal dan peniaga juga boleh memilih untuk menurunkan harga barangan jualan mereka kerana mereka boleh menuntut cukai input sebanyak enam peratus.

GST terutama pada hari pelaksanaannya telah menimbulkan keresahan orang ramai kerana ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap cukai tersebut untuk menaikkan harga barang.

Semalam, Ahmad menyarankan syarikat-syarikat telekomunikasi negara untuk menjalankan satu kajiselidik di kalangan pengguna tentang kad tambah nilai prabayar yang dikenakan GST bermula 1 April.

Dalam akaun twitternya Ahmad berkata, sewajarnya syarikat telekomunikasi menjalankan kajiselidik untuk mendapatkan pandangan pengguna sama ada mereka memilih penurunan harga atau peningkatan waktu ‘airtime’.

Bagaimanapun, Bernama pada Jumaat melaporkan bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut akan tetap mengenakan caj enam peratus GST pada kad tambah nilai prabayar berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun, pelanggan akan ditawarkan tambahan kredit masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kadar nilai melebihi cukai enam peratus.

Pengarah Bahagian CBP, JKDM, Datuk T.Subromaniam berkata keputusan itu dicapai menerusi perbincangan antara ketua eksekutif syarikat telekomunikasi, JKDM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini. April 03, 2015

 

Artikel terbaru petikan dari FreeMalaysiatoday

PETALING JAYA: Cukai barang dan perkhidmatan (GST) nampaknya turut menjejaskan pelbagai industri, dengan doktor, peruncit, perusahaan kecil dan sederhana dan pertubuhan majikan mendakwa dasar itu turut menggugat bisnes masing-masing.

Bercakap kepada FMT, mereka berkata GST telah mengakibatkan peningkatan kos sara hidup sejak pelaksanaannya pada April 2015.

Mereka menambah, kos sara hidup yang tinggi menyebabkan orang ramai mengetatkan ‘pinggang’ mereka atau kurang berbelanja.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Ravindran R Naidu berkata, beberapa klinik swasta mencatatkan penurunan kunjungan pesakit kerana ramai daripada mereka kini mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

“Untuk belanjawan akan datang, kami telah meminta kerajaan menghapuskan GST bagi semua peralatan perubatan, ubat dan rawatan di klinik dan hospital.

“Klinik yang dikendalikan oleh swasta telah mengenakan GST. Kos penjagaan kesihatan sedang meningkat.

“Pesakit merasakan kenaikan dengan kenaikan kos hidup, harga bahan api yang lebih tinggi dan nilai mata wang yang susut,” kata beliau kepada FMT.

Ravindran berkata, beliau dimaklumkan oleh kementerian kesihatan pada tahun lepas bahawa terdapat peningkatan sebanyak 30% jumlah pesakit yang pergi ke hospital kerajaan.

“Beberapa klinik swasta ditutup kerana kekurangan pesakit. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini, tetapi ia berlaku sekarang,” katanya mengulas artikel Reserve Malaysia baru-baru ini memetik data Bank Negara Malaysia yang menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia mula membatalkan polisi insurans hayat mereka walaupun ada pertumbuhan sihat dalam industri.

Laporan itu berkata industri insurans hayat menanggung jamin perlindungan insurans berjumlah RM1.3 trilion untuk semua polisi pada tahun lepas iaitu 5% lebih tinggi daripada RM1.24 trilion pada tahun 2015.

Bagaimanapun, ia juga mencatatkan 2 kali ganda bilangan polisi yang diserahkan sejak 4 tahun yang lalu.

Laporan itu berkata, hanya 325,396 polisi diserahkan pada 2013 berbanding 531,444 pada 2014; 610,771 pada tahun 2015 dan 639,018 pada 2016.

Penasihat Persatuan Insurans Hayat Malaysia dan Penasihat Takaful Keluarga (Namlifa) Kebangsaan, James Bong berkata pelaksanaan GST membawa kepada trend itu, berdasarkan maklum balas daripada agensi insurans dan pelanggan.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim, Amanullah Maideen berkata, perniagaan menurun sebanyak 20% hingga 30% sejak GST dilaksanakan.

“Pelanggan datang ke kedai kami. Tetapi mereka mengambil sikap meninjau sahaja. Pengguna memotong belanjawan mereka untuk mengatasi kos sara hidup yang tinggi. Mereka hanya membeli barang keperluan,” katanya kepada FMT.

Beliau menambah, peruncit hanya diberikan 7 hingga 15 hari untuk membayar pembekal mereka.

Oleh itu, mereka ditekan oleh pembekal untuk membayar dalam tempoh masa yang singkat bagi mengelakkan penalti kelewatan 5% dalam membayar GST, katanya.

Sebelum ini, katanya, mereka mempunyai 30 hingga 60 hari untuk membayar pembekal, memberi mereka masa untuk berbuat demikian.

Keahlian MEF tidak berubah

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, yuran keahlian maksimum organisasi untuk setahun adalah RM6,000.

Sejak 2015, Shamsuddin berkata, orang ramai tidak mendaftar sekerap yang mereka lalukan, di mana beliau menyalahkan GST 6%.

“Keanggotaan kami kekal sekitar 5,000 ahli. Sukar untuk berkembang lagi kerana orang sedang menimbang semula perkara-perkara dalam kehidupan yang mereka perlukan untuk mengurangkan (kos),” katanya.

Walaupun bayaran keahlian tidak dikenakan cukai, GST tetap dikenakan, kata beliau.

“Di 1 pihak, kerajaan mengatakan ia memberi pelepasan cukai tetapi sebaliknya, ia masih mengenakan GST.”

Beliau berkata, ia juga membabitkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh MEF seperti latihan atau perwakilan di mahkamah yang dijalankan untuk ahli, memandangkan GST masih dikenakan.

Beliau menggesa kerajaan agar melihat isu itu dengan teliti kerana ia akan memperlahankan pertumbuhan selanjutnya dalam sesetengah sektor.

Seorang perancang kewangan, Wilfred Lim dari Practical Wealth berkata, banyak syarikat kecil tidak mampu menaikkan pendapatan yang mencukupi untuk memberi bonus kepada kakitangan mereka disebabkan kos tinggi untuk menjalankan perniagaan.

“Sesetengah syarikat telah mengurangkan separuh bonus mereka. Kebanyakan pekerja adalah bergaji bulanan. Mereka melebihkan wang yang mereka harapkan dari bonus. Sebahagian daripada mereka telah kehilangan pekerjaan mereka.

“Mereka kebanyakannya berusia 30-an dan 40-an dan mereka terperangkap dalam perangkap hutang kad kredit, menyebabkan mereka tidak lagi menerima bayaran insurans atau perubatan,” katanya kepada FMT.

Lim berkata orang ramai merasakan kenaikan kos sara hidup yang tinggi dengan kenaikan gaji yang minimum atau tidak ada langsung.

Mengeluarkan GST 6% daripada insurans hayat dan perubatan akan menjadi langkah yang baik di pihak kerajaan, katanya, sambil menambah, adalah penting untuk mempunyai skim insurans.

Beliau berkata, insurans hayat dan perubatan adalah sebahagian daripada pelaburan masa depan, membolehkan orang ramai mendapatkan pembedahan di hospital swasta jika terpaksa beratur panjang di hospital kerajaan.

Skim insurans hayat, katanya, berguna untuk hari-hari yan sukar seperti dalam kes hilang upaya kekal atau jika wang diperlukan oleh orang yang tersayang.

Lim menasihatkan rakyat Malaysia untuk melihat alternatif dan mendaftar untuk premium insurans berkaitan pelaburan yang tidak akan luput pada masa-masa yang buruk kerana wang yang dilaburkan menjadi unit untuk membayar premium bulanan mereka.

“Orang memerlukan pengurusan kewangan. Mereka perlu mempunyai dasar yang menampung pelan kontingensi. Orang ramai harus bersedia untuk menghadapi sebarang masa sukar tanpa kehilangan polisi insurans mereka.

“Sekiranya ramai yang menyerahkan polisi insurans mereka kerana GST, kerajaan perlu mempertimbangkan untuk menghapusnya kerana orang ramai merasakannya,” kata beliau.

Sindiran Pedas Sultan Kepada Ahmad Maslan

Allahurobbi… Telah munculnya pemimpin daripada kalangan umat bani Melayu yang berasal dari tanah Jawi dari sebuah tempat bernama Pontian dimana pemimpin tersohor Pontian iaitu Tuan Guru Yahanana Sheikh Ahmad GST ibnu Maslan yang cukup terkenal dengan sifat zuhudnya..

Lihatlah kezuhudan Tuan Guru yang begitu disayangi umat bani Melayu apabila sanggup turun untuk menjala ikan di Benut..

Seperti yang termaktub dalam kitab purba Bani Melayu iaitu Kitab Avon jilid 25 halaman 164 telah menyatakan “Bahawasanya pada akhir zaman, akan munculnya seorang lelaki dimana wajahnya kelihatan seperti penyapu yang sering kelihatan begitu zuhud dan pernah dikenali diseantero dunia mengenai kenyataannya tentang GST,

beliau juga mampu melakukan banyak pekerjaan tidak seperti manusia lain, apabila kamu terjumpa spesiesnya, maka hendaklah kamu berbai’ah dengan mengangkat genggaman belting motor sambil melaungkan zikir “Hidup Melayu”,

kemudian genggamlah penumbok secara berjemaah lalu angkatlah jari tengah secara perlahan-lahan, kemudian masukkan kedalam mulot sebagai tanda berbai’ah kepada Tuan Guru Yahanana Sheikh Ahmad GST ibnu Maslan…Inilah pemimpin kesayangan umat bani Melayu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!