Home / ISU / *You buat apa sini*.sambil meletakkan tangan di tingkap cermin kereta dan menjawap *kerja massage sini*.

*You buat apa sini*.sambil meletakkan tangan di tingkap cermin kereta dan menjawap *kerja massage sini*.

 

Salam Sejahtera YDH Dato, Tuan/Puan,

 

_*Laporan awal berkaitan satu gambar tular aplikasi whatsapp melibatkan Anggota MPV IPD Segamat JH 362 yang berpegang tangan dengan seorang perempuan wargasing di Bandar Utama Segamat*_

*FAKTA KEJADIAN*

 

Siasatan awal telah dijalankan ke atas KPL 117908 Johari Bin Abdul (A1) dan L/Kpl/S. 16406 Mohd Izran bin Subari (A2). Keterangan mereka adalah seperti berikut:

 

1. Pada 8 Okt. 2017 (Ahad), antara jam 4 petang hingga 12 malam, (A1) dan (A2) telah diarahkan menjalankan tugas rondaan MPV dengan menggunakan Kereta MPV no. pendaftaran WYR1579 (JH 362). Lokasi rondaan Zon 3 dan 4.

 

2. Pada jam lebih kurang 2200 hr. semasa membuat rondaan di hadapan deretan rumah kedai tiada papan tanda, di Jalan Utama 2/9, Bandar Utama, Segamat, (A1) dan (A2), telah nampak 2 orang perempuan disyaki warga negara Thai berada di kakilima hadapan kedai. (A1) dan (A2) telah memberhentikan kereta MPV JH 362 di hadapan kedua-dua perempuan tersebut.

(A2) telah menurunkan cermin kereta dan terus bertanya kepada perempuan tersebut *You buat apa sini*. Salah seorang perempuan tersebut telah bangun dan menghampiri kereta MPV JH 362 sambil meletakkan tangan di tingkap cermin kereta dan menjawap *kerja massage sini*.

 

3. (A1) menyatakan selepas melihat perempuan dipercayai warga Thai meletakkan tangan di tingkap cermin kereta, A2 telah menolak tangan perempuan tersebut.

 

4. (A1) juga mendakwa ada melihat seorang lagi perempuan Thailand sedang merakamkan gambar mereka.

 

5. Manakala (A2) menyatakan beliau menolak tangan perempuan tersebut kerana dia meletakkan tangannya di tingkap pintu kereta. Selain itu, (A2) telah menasihati perempuan tersebut supaya jangan meletakkan tangan di tingkap kereta MPV JH 362 tetapi perempuan tersebut masih berdegil kerana tidak memahami bahasa melayu.

 

6. (A1) telah arahkan (A2), bergerak meninggalkan tempat kejadian untuk meneruskan penugasan tanpa membuat sebarang pemeriksaan ke atas kedua-dua perempuan tersebut.

 

7. Anggota yang terlibat adalah seperti berikut:-

 

JH 362 Zon 3 & 4
Waktu penugasan:
1600 – 2400 Hrs
Tarikh: 8/10/2017.

 

1. Kpl 117908 Johari bin Abdul ( MPV IPD Segamat, Johor ) (A1)

 

2. L/Kpl/S. 16406 Mohd Izran bin Subari ( MPV IPD Segamat, Johor ) (A2)

Sekian untuk makluman awal YDH Dato

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!