Home / kisah sedih / datuk gilis cucu sendiri dengan van sejauh 4 meter tanpa sedar-AL FATIHAH

datuk gilis cucu sendiri dengan van sejauh 4 meter tanpa sedar-AL FATIHAH

 

 

Seorang kanak-kanak maut digilis van berhampiran rumah datuknya di Skim Penempatan Telipok awal pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar 6.45 pagi tadi,Muhammad Sarmindi Abdullah yang baru berusia setahun meninggal dunia di tempat kejadian.

 

Ketika kejadian, mangsa dibawa oleh ibunya ke kedai runcit milik keluarganya yang berhampiran dan ketika itu mangsa dijaga oleh datuk dan bapa saudaranya.

 

Memetik laporan Berita Harian, datuk mangsa kemudian menaiki sebuah van yang berhenti di depan kedai runcit untuk ke pekan Telipok.

 

 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata mangsa telah berada di bawah kenderaan tersebut tanpa disedari oleh sesiapa sebelum van tersebut bergerak dan di gilis sejauh empat meter.

 

Chandra berkata, akibat kejadian itu, kanak-kanak terbabit meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan masih diteruskan dan pemandu van berumur 39 tahun itu ditahan bagi tujuan siasatan.

 

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

http://www.kakishare.tv

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!