Home / Perkahwinan / Dia ajak bersama, malam jumaat la katakan. Tapi saya tolak.. da la belum mandi, 1 hari x gosok gigi

Dia ajak bersama, malam jumaat la katakan. Tapi saya tolak.. da la belum mandi, 1 hari x gosok gigi

Salam.. admin tlg hide profil ni. Fb kwn jee.

Macam ni warga krtb. Tak tau la kisah ni masalah besar atau tdk bagi pembaca di sini. Tapi bagi sy sangat besar..

Sy da kawin masuk 4 tahun dengan suami. Umur kami skrg sama2 26. Kira muda jgk umur kami kawin. Anak ada sorang da umur 3 tahun.

 

Macam ni, sebelum kawin suami sy ni hensem sangat la.. putih, kulit halus, gigi putih. .kalau senyum mmg termimpi mimpi sy d buat nya. Itu sebelum kawin la.

Sy pulak biasa2 jee orang nya.. tapi sbb da jatuh cinta dgn suami sy usaha cantik kan diri. Dari umur 18 sampai la umur 21 sy usaha nak cantik. D pendek kan cerita jee la, sy pon bercinta dgn suami umur 21. 22 kawin pn kawin.

 

Tapi kan, dari awal kawin sampai la skrg suami makin berubah.. bukan berubah perangai, tapi berubah da yg dulu nya hensem putih, skrg hitam buncit.. sedang kan sy sampai skrg usaha cantik kan diri, walau da beranak.

Sy ada tegur2 jgk.. sbb suami da tak urus diri. Da malas nk mandi, berus gigi pon sy kena ingat kn. Da macam umur 40, padahal baru 26. Tempat kerja elok jee.

 

Kalau cuti kerja lagi la teruk, atas katil jak teperap tak nak mandi. Sampai bau asam da bilik. Sy da penat tegur.. sy tak nak la orang cakap sy tak pandai jaga suami. Tak kan hari2 nak d tegur, tak lama bergaduh.

Tapi baru2 ni kami da memang gaduh besar. Dia ajak bersama, malam jumaat la katakan. Tapi saya tolak.. da la belum mandi, 1 hari x gosok gigi. Lelaki ni nak kita cantik2 wangi2 supaya dy selera dgn kita. Dia fikir kita selera ke dgn dia kalau begitu.

 

Saya da tak tahan da ni. Apa patut sy buat. Sy stressssssssss sangat. Tolong sy 😭😭

krt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!