Home / funny / dia berniat untuk jadikan saya wife dia..sekarang dalam bank saya dah lebih 100k semuanya duit dia

dia berniat untuk jadikan saya wife dia..sekarang dalam bank saya dah lebih 100k semuanya duit dia

asalamualaikum admin. tolong hide nama saya. disini saya nak tanya pendapat akak2 KRT.. saya perempuan berusia 22tahun. saya sudah bertunang. saya ada kenal seorang lelaki ni berumur 28tahun.

dia berniat untuk jadikan saya wife dia. saya ok je sebab nampak ikhlas dia nak saya. tapi sekarang ni yang jadi masalah sangat. tiap kali dia ada duit. mesti dia hulur kat saya. bila saya tak ambik mesti merajuk lepastu dia masuk acc saya senyap2.. saya tak pernah guna duit dia bagi. benda yang dia buat dah lama. sekarang dalam bank saya dah lebih 100k

. saya tak tau nak buat apa dengan duit tu. saya tak berani guna sebab dia belum sah jadi suami saya. dan saya takut kalau apa2 jadi. saya jadi mangsa.. tolong saya. apa perlu saya buat? saya dah cakap cara baik dengan dia.

jangan masuk duit kat saya. tapi dia masuk juga. semalam dia baru masuk acc saya 2k. laki yang saya kenal ni bos di syarikat.. sekarang yang buat saya tak suka duit. sebab saya bukan gila kan harta dia. hmm.

dia baik selalu belanja saya makan. sebab saya memang suka makan je. tak suka benda2 lain. dia bagi kasih sayang sepenuhnya kat saya. pernah dia hadiahkan saya kereta. tapi tak nak. macam2 dia bagi kat saya.

saya serabut la fikir. bila jumpa mesti bagi hadiah kat saya mahal2.

saya tak suka laa.. saya nak makanan je kalau jumpa. tapi dia degil selalu bagi iPhone beg tangan dan macam2.. arghh saya jadi serabut. tolong bagi pendapat sis2

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!