Home / Perkahwinan / dia berubah jadi sembahyang 5waktu dan berpuasa pernuh tahun ini sebabkan perempuan tu…

dia berubah jadi sembahyang 5waktu dan berpuasa pernuh tahun ini sebabkan perempuan tu…

Assalamualaikum admin sy minta tlg hide kan siapa sy…

kepada warga KRT saya ingin meminta pendapat dari pada anda semua… disini bermula perkhawinan sy dgn suami baru berusia 8 tahun dan kami di kurniakan 2 org ank lelaki selama perkhawinan kami. sy x pernah suspek suami sy akan menduakan sy sebab suami sy sgtlah baik dimata sy mahupun org lain yg mengenalinya… tiba pada satu masa sebulan selepas anniversary kami ada seorg wanita rakan sekerjanya yg baru saja masuk di tempat kerja yg sama dimana tempat suami sy bekerja…

nak di jadi cerita satu hari sy dapat tahu bahawa suami sy ada hubungan dgn perempuan tu.masa kali pertama sy dapat tahu sy terus bawa suami sy ke pejabat agama bersama perempuan tu sebab sy sudah x tahu nk buat apa perempuan tu berusia 23thn dan suami sy 33thn sy bila kami berjumpa sy xdapun memukul atau memaki hamun dengan perempuan tu sebab sy tahu suami sy yg mulakan dulu… apa yg paling sakit min bila suami sy sendiri menyatakan yg dia berubah jadi sembahyang 5waktu dan berpuasa pernuh tahun ini sebabkan perempuan tu…

luluh hati sy min bila sy dengar suami sy berkata seperti itu…selepas dia mengenali perempuan tu suami sy banyak berubah selalu menipu. selalu cakap x cukup duit sampaikan nak beli susu anak pun x mampu macam mana pula nak berpoligami sy isteri dia min sy tahu kemampuan suami sy dan selepas kejadian pertama perempuan tu ada call sy dan ckp ( kalau akk x percayakan suami akk x apa tp akk kena percayakan sy sebab sy xkan buat lg )ini apa yg perempuan tu cakap tampa sy memaksa dia… selepas kejadian tu sy lega..

. tp selepas sebulan sy dapat tahu yg mereka masih lg keluar bersama dn masih lagi ada hubungan sy menghubungi perempuan tu dan dia sendiri menyatakan bahawa dia dgn suami sy masih lagi sama mcm dulu x ada yg berubah sebab family dia kata stay sahaja dgn suami sy jgn tinggalkan mcm tu saja hancur hati sy min sebab x sangka ada juga family yg membiarkan anaknya menjadi org ke 3 sehingga 1 hari sy cakap dgn suami sy. sy nk berjumpa dgn family dia mak ayah dgn perempuan tu sekali tp malangnya yg dtg hanya mak dia dgn perempuan tu saja tp memang betul min mak dia memang nak sgt suami sy jadi anak menantu siap blh cakap sy nie tak sabar n xda iman di dada…

sehingga sekarang suami sy masih lagi kata yg suami sy sygkn sy dan dlm masa yg sama dia sygkn perempuan tu dn cakap yg dia xkan lepaskan perempuan tu begitu juga sy.. dan dia menyatakan yg dia rasa bahagia bila dgn perempuan tu dn bila bersama dgn sy dia senang..
buat pengetahuan KRT sy berkerja selama perkawinan kami sebab niat sy nak membantu suami sy… suami saya pula baru mengenali perempuan tu 5 bulan… kami berkawin 8 tahun tidak pernah suami sy ajak sy sembahyang atau kata yg lebih tepat menjadi imam kepada sy n anak2. tp sy sgt sygkan dia min semua org terkejut dgn apa yg dia buat min… skrg sy rasa amat sakit…

skrg sy dalam dilema perluka sy menuntut fasakh dan akhiri dgn perpisahan? untuk pengetahuan min suami sy tidak pernah membawa berbincang tp sy jer yg selalu minta utk kami berbincang jika ada masaalah… sy sgt sedih min sy pernah buat kerja gila hingga nk terjun dari flat rumah yg kami tinggal dia blh buat x tahu je..
minta warga KRT bagi pendapat kepada sy sebelum saya buat keputusan utk menuntut fasakh… tp dalam masa yg sama sy takut juga kalau sy berpisah dgn suami sy perempuan tu pulak hanya mainkan suami sy sebab nkkan kesenangan tampa kawin dn tinggalkan suami sy…

sy dapat rasakn itu! perempuan tu pernah berkata jika dia tinggalkan suami sy…dia cakap akk rasa laki akk blh layan akk sama mcm dulu lagi ke? dan akk nak ke bila akk bersama dgn suami akk dlm masa yg sama dia ada sy…perempuan tu kata kat sy… hari ini sakit min bila ingat apa yg dia katakan kepada sy… dan sy pun x sangka perempuan yg nampak diluar baik akhlaknya sembahyang 5 waktu blh menjadi punca kemusnahan masjid yg kami bina 8 thn…

sy mengharapkan nasihat dan pendapat anda warga KRT… WAHAI SUAMIKU AKU AMAT MENYAYANGIMU DN MASIH BLH SABAR SELEPAS KAU HANCURKAN HATIKU INI SEMUA DISEBABKAN KASIH SYGKU KEPADAMU SUAMIKU TP JIKA PERPISAHAN YG TERJADI AKU REDHA WALAUPUN SAKIT AKU TERIMA DEMI KEBAHAGIANMU SUAMIKU…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!