Home / kisah sedih / dia minta saya layan dia malam tu, tapi saya tertidur dia dah mula tarik muka dan lepas tu..

dia minta saya layan dia malam tu, tapi saya tertidur dia dah mula tarik muka dan lepas tu..

Salam admin, Sy nk minta pendapat semua,

Sy berkahwin dlm usia 25 tahun , Kami berkahwin atas dasar suka sama suka , masa bercinta selama 2 tahun suami mmg seorang yg terlalu panas baran, pantang salah sikit Mesti kena Maki, pukul, Sy tetap Bagi dia peluang, Bagi Sy semua manusia boleh berubah..

bila dh berkahwin awal tahun ni, seminggu sebelum kahwin dia dh banyak berubah, dia solat, dia dah buat Baik dengan family Sy, dan bila dia marah pun, lepas solat dia akan minta maaf Sbb dah keluarkan perkataan yg x elok, awal perkahwinan semua indah, solat jemaah skli,

Sy buat semua kerja rumah, jaga Makan minum dia, bersihkn rumah setiap hari, Sbb dia seorg yg sukakan kebersihan, Sy x pernah abaikan tanggungjawab Sy, dan pada tahun ni dia dh nyatakan nak anak, dia dh bersedia nak zuriat, tapi dalam masa yg sama dia dh berhenti berkerja, dan Sy pun dah mengandung, dia hnya dapat kerja seminggu kadang2 satu hari je, (kerja Service air-cord) dia dah mengeluh yg kerja dia sekarang x dpt nak tanggung commitment loan yg guna atas nama Sy masa kahwin, dia arahkn saya tetap berkerja sampai loan habis,

Skrg Sy berkerja dan dia tidak, sejak akhir2 ni dah berubah balik ke perangai Asal dia yg panas baran, pantang salah sikit, walaupun sy berkerja, Sy masak kemas rumah,layan dia Mcm raja, Sy xde perlekehkn dia, disebabkn Sy terlalu byk hutang yg perlu Sy bayar, Sy kdg2 kerja lebih masa, Sbb nk settlekn loan dia, keluar kerja 6.30 pagi kejar bas, dia tidur, balik pukul 10 Mlm, tuepun nasib Baik dia ambik dari kerja, kalau tak, kena tggu bas, bila dah balik penat, Sy sempat masak kemas rumah dan urut dia je, hnya malam tu je,

Sy btul2 tak larat, dan lepas urut Sy Terus tertidur..dia minta Sy layan dia malam tu, tapi Sy tertidur , Sy mmg rsa berdosa, tpi tak dapat bertahan lagi, badan Sy sgt2 letih, Sy minta Sy tidur Awl Mlm tu je, Sbb esoknya bgun 5.45 lagi, dia dh Mula tarik muka dan lps tu dia ambil bantal tidur di blik satu main game,

esoknya macam biasa Sy pergi naik bas, tengahari Sy dpt msj (Aku rasa jodoh kita takkan panjang bila ko selalu buat perangai Mcm ni) lpas tu dia block, rupanya dia marah sgt2 sebab x dpt layan dia smlm, masa blik tu Sy msj dia guna hp org minta tolong ambil dari tempat kerja, tapi tidak di layan, Sy balik naik grab, sampai rumah, lepas isyak dia pun balik, Sy pujuk dia sampai pukul 3 pagi, menagis merayu2, dia tak nak maafkn,

Bagi dia xbole maafkn dosa Sy, Sy ajak berbincang pun xnk, ajak solat sekali pun dia xnk, dia Bagi arahan Jgn dekat dgn dia, dia rasa jijik, Allah yg thu pedihnya hati, Sy Cuba cakap dgn dia, bkn segaja, Sy penat Sbb kerja full 2 hari, dia tetap xnk maafkn dan xnk jgk Sy dekat dgn dia, Sy thu Sy berdosa, Sy minta maaf Kat dia, tapi hatinya keras sekali, dia siap pukul Sbb dia Rimas Sy dekat, dia ckp klu Sy dekat lagi dia Akan luahkn perkataan yg buat Sy menyesal..apa yg perlu Sy lakukan lagi..minta nasihat Baik2 ya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *