Home / Sedih / guru wanita sebuah pusat tuisyen dipercayai merotan seluruh badan seorang murid perempuan sehingga berbirat.

guru wanita sebuah pusat tuisyen dipercayai merotan seluruh badan seorang murid perempuan sehingga berbirat.

MELAKA: Polis menahan seorang guru wanita sebuah pusat tuisyen di Gajah Behrang di sini semalam, selepas dipercayai merotan seluruh badan seorang murid perempuan sehingga berbirat.

Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din, berkata suspek berusia 37 tahun itu ditahan di pusat tuisyen berkenaan kira-kira jam 10.30 malam.

“Kejadian dipercayai pada 13 April lalu. Bagaimanapun, datuk kepada murid berusia lapan tahun itu hanya membuat laporan polis Rabu lalu. “Suspek dilepaskan dengan ikat jamin polis hari ini sebaik selesai siasatan terhadapnya,”

 katanya ketika dihubungi, hari ini. Mangsa dipercayai dirotan sehingga berbirat di seluruh badan selepas gagal menyiapkan kerja latihan diberikan guru wanita terbabit. Murid Tahun Dua itu tinggal bersama datuk dan neneknya di negeri ini, manakala ibu dan bapanya bekerja di Singapura.

http://bicaranetwork.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!