Home / Perkahwinan / Hanya kerana nasi ayam,sanggup suami menumbuk saya!depan anak kecil

Hanya kerana nasi ayam,sanggup suami menumbuk saya!depan anak kecil

Saya mempunyai 2 orang anak lelaki
Dan kini sedang dalam proses penceraian
Untuk pengetahuan Admin dan pembaca KRT, saya sudah berkahwin hampir 8 tahun.
Sepanjang tempoh perkahwinan, saya dan suami saya tidak pernah tinggal bersama (Long Distance Marriage – LDM) kerana suami bekerja dan tinggal di Pulau Pinang.

Dia hanya pulang ke rumah pada hujung minggu atau selang 2 minggu sekali..
Suami adalah seorang yang panas baran dan kuat cemburu.
Suami juga seorang yang ‘control freak’
Saya perlu update pada dia setiap pergerakan saya..

Saya makan dengan siapa, keluar ke mana, untuk apa, pukul berapa semuanyalah!
Selain itu, suami selalu beratkan sebelah keluarganya..
Waima kalau ada kenduri cukur jambul sepupu sepapat (walaupun tak berapa nk kenal/sedara jauh) kalau kenduri dibuat di kampungnya adalah WAJIB untuk kami balik!

Kalau apa-apa majlis keluarga yang berlaku di sebelah saya memang dipandang sebelah mata..
Paling terkesan di hati saya bila nenek kandung saya meninggal dunia, saya merayu teresak-esak pun tak dipedulikannya untuk balik dan beri penghormatan terakhir..
Admin boleh bayangkan tak betapa sedihnya saya time tu??:(

 

Saya melalui macam2 penderaan mental dan penganiayaan jiwa sepanjang berkahwin dengannya. Bahagia hanya di tahun pertama perkahwinan saja..
Masuk tahun ke-2, suami dah mula bising sebab kami belum dikurniakan anak.
Gayanya macam nak menuduh saya yang bermasalah.

Tapi Admin, saya sudah mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu!
Saya pula dituduh bermasalah??
Saya jelaskan..mungkin sebab kita ‘long distance marriage’ memang lagila susah nak “lekat”..
Suami tetap dengan egonya..dan seperti biasa sayalah jadi mangsa

Demi nak memuaskan hatinya, saya gagahkan diri untuk buat pemeriksaan doktor bagi memastikan tahap kesuburan saya dan terbukti saya memang takda masalah.
Bila saya minta suami pula untuk membuat pemeriksaan, banyak pula dolak-dalihnya..
Saya redho, belum rezeki saya.

Alhamdulillah, tahun ke 3 perkahwinan kami dikurnia seorang anak lelaki..

Saya ingat masalah selesai selepas tu, tapi ternyata saya silap besar
Perangai suami makin galak, syak wasangkanya pada setiap gerak-geri dan perbuatan saya makin menjadi-jadi.
Dia menuduh saya ada hubungan sulit dengan driver boss, kawan sepejabat, dan macam2 lagi.
Dah jadi ‘habit’nya melemparkan kata-kata kesat kepada saya setiap kali marah atau bila ada perselisihan faham..
Apa saja yang tak pernah dimakinya?

S*ndal, b*bi, puk*mak, sial, semuanya dihambur tanpa memikirkan hati dan perasaan saya
Admin bayangkanlah, sampaikan kalau saya nak keluar makan dengan kawan baik/adik saya (PEREMPUAN OK) saya kena bagi kawan/adik saya bercakap dengannya atau ambil gambar dan hantar kepadanya sebagai bukti!

2 tahun lepas suami pernah menghalau saya dan anak sulung keluar dari rumah kerana saya menolak untuk tidur bersama..
Saya sakit gigi Admin!

Dia membaling handphone saya dan menuduh saya ada lelaki lain
Dah saya terangkan yang saya memang sakit gigi geraham tapi suami tak peduli, dia hanya nak apa yang dia nak saja!
Dia tak bagi saya bawa anak yang bongsu
Selepas seminggu dia menangis merayu-rayu minta saya balik kepadanya
Waktu ini saya memang dah tawar hati, tapi demi memikirkan anak saya yang masih kecil (yg berusia 3 thn waktu itu) saya kembali kepadanya..

 

Bukan saya tak pernah usaha, dah tak terkira berapa kali saya minta/nasihatkan dia untuk pindah duduk dengan kami dan cari kerja lain di KL (demi nak bagi dia nampak nak bagi dia tahu segala gerak geri saya) Tapi seperti biasa kata2 saya bagai angin lalu…

Kemuncak masalah rumahtangga kami berlaku lagi 2 bulan lepas.
Suami tergamak menumbuk saya di muka dan memukul saya di hadapan anak yang berumur 5 tahun di dalam kereta di tepi highway semata-mata kerana katanya saya kurang ajar!
Puncanya kerana saya memerli dia beriya-riya memuji nasi ayam di salah satu hentian R&R walhal dia memang tak pernah sukakan nasi ayam!

Untuk pengetahuan Admin, saya selalu memasak nasi ayam sebab memang favourite anak2.
Tapi bila setiap kali saya masak, dia memang tak suka
Siap minta saya masak nasi putih dan lauk lain untuknya.
Lawakkan?

Hanya kerana nasi ayam,sanggup suami menumbuk saya! 
Yang paling saya kesalkan, dia sanggup menumbuk saya di hadapan anak bongsu!
Kesian anak saya, tergamam masa kejadian tu…
Apalah dalam fikirannya.. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!