Home / Ilmu / Info Keputihan Yang Wanita Patut Tahu

Info Keputihan Yang Wanita Patut Tahu

Rata-rata jika diambil kira latarbelakang seseorang gadis remaja yang datang dari keluarga melayuIslam, maka tidak hairanlah remaja tersebut kurang mendapat pendedahan dari aspek penjagaan organ kewanitaannya disebabkan oleh perasaan malu hendak bertanya, terlalu berahsia dan di dalam kebanyakan keluarga melayu Islam juga didapati ianya menjadi satu perkara yang tabu dan kurang sopan jika dibicarakan secara terbuka.Akibatnya, ramai gadis remaja berada didalam dilema kerana tidak mendapat informasi yang tepat dan sering keliru tentang aspek kesihatan organ kewanitaanya yang akhirnya menjadikan mereka kurang perihatin tentang masalah jangkitan keputihan serta penjagaanya. 

Keputihan yang sering dialami gadis remaja merupakan perkara yang biasa berlaku pada usia muda. Namun,ungkapan biasa itu jika disalah erti akan membawa kesan yang negatif apabila jangkitan biasa menjadi pemangkin kepada jangkitan yang lua rbiasa pula.Anggapan keputihan adalah sejenis penyakit yang normal dan tidak memerlukan rawatan khusus untuk menangganinya adalah sesuatu yang tidak tepat.Apabila remaja mula berfikiran sebegitu dan mula mengambil mudah tentang gejalanya akan membawa kesan yang berpanjangan sehingga meningkat dewasa dan realitinya terdapat ramai remaja yang masih bergelut dengan masalah ini walaupun telah meningkat dewasa dan bakal memasuki alam perkahwinan.Remaja dipohon supayamengenali gejala keputihan ini supaya mudah untuk mencari rawatan yang sesuai darijangkitan yang dialami daripada membiarkanya tanpa rawatan yang bolehmengakibatkan komplikasi yang tidak di ingini disebabkan oleh “prolonginfection”.

Apakah itu keputihan?
Di kalanganpakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoea atau Fluor Albus.keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. Dalam bahasamudah  terdapat dua jenis keputihan iaitunormal dan abnormal (jangkitan mikroorganisma) dan remaja hanya perlu prihatindengan jenis keputihan kedua ini.

Keputihan yang normal
Dalam keadaannormal, lendiran yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dantidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran paraskesuburan.Sekiranya lendiran putih bening ini yang beranggaran 20cm,ianyamenandakan waktu yang sangat subur bagi seseorang wanita. Lendiran ini jugadikenali dengan nama  ovulasi.

Keputihan yang abnormal
Merupakanlendiran yang keluar  seperti susu basi, likatdan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yangboleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarnakeabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.

Punca keputihan abnormal
Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal. 

Antaranya ialah:
1. Ketika terlaluletih.
2. Beradadalam situasi yang sangat tertekan.
3. Jangkitan.

Bagaimana Mengenali jenis-jenis jangkitan?
Sekiranya remaja merasakan telah berlaku keputihan yang abnormal pada diri maka mengenali gejala dan melakukan rawatan yang sewajarnya supaya penularan dapat dibendung dari awal lagi-mforum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *