Home / Politik / Isu ‘Bapa Kafir’: Nik Aziz Saman NST RM1 Juta

Isu ‘Bapa Kafir’: Nik Aziz Saman NST RM1 Juta

KUALA LUMPUR — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menghantar notis saman kepada mereka yang terlibat dalam penyiaran artikel yang mendakwa dirinya sebagai bapa kafir dalam akhbar The New Straits Times (NST).
Beliau (gambar) dijangka akan memfailkan saman itu pada minggu hadapan kepada editor dan tiga wartawan syarikat penerbitan akhbar The New Straits Times Press Holdings (NSTP), dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor, dengan tuntutan penyelesaian di luar mahkamah sebanyak RM1 juta.

Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak mengemukakan permohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.

Dipetik Harakahdaily, Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan Hisham Fauzi  berkata, dokumen untuk tindakan tersebut telahpun siap dan saman itu dijangka akan difailkan Isnin depan.“Minggu depan kami akan faikan saman terhadap kedua-dua pihak tersebut, dan kita jangka ianya boleh dibuat Isnin ini,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
NSTP dan Rahim telah diberi tempoh 24 jam untuk mengemukakan permohonan maaf, bagaimanapun, kedua-dua pihak gagal menarik balik kenyataaan tersebut dan mengemukakan permohonan maaf kepada Menteri Besar Kelantan itu, sebaliknya, Rahim menafikan dakwaan beliau membuat kenyataan tersebut.
Antara penama yang dinyatakan dalam saman tersebut adalah Ketua Editor NST serta tiga wartawan yang terlibat dengan penulisan berita tersebut, iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah.
Notis itu antara lain menuntut NST menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf di muka hadapan akhbar itu, manakala enam kali dalam muka yang lain.Mereka juga menuntut disiarkan satu muka penuh permohonan maaf itu di akhbar Berita Harian ataupun Utusan Malaysia-mynewhub

One comment

  1. SEKEDAR INFO BOCORAN TOGEL
    JIKA ANDA BUTUH A'NGKA GHOIB/JITU
    SGP HK MALAYSIA ARAB SAUDI LAOS
    2D_3D_4D-5D-6D-7D DI JAMIN 100% TEMBUS…
    SAYA BUKTINYA SUDAH 5X JP
    DAN SAYA SUDAH BENER2 YAKIN DENGAN AKI RORO
    YANG TELAH MEMBERIKAN ANGKA RITUAL NYA
    BAGI ANDA YANG SUKA MAIN TOGEL
    & INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN GABUNG DENGAN AKI RORO
    SILAHKAN HUB DI NO: ((_082_336_642_456_))
    ATAU >>KLIK DI SINI<<
    Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
    benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
    dan alhamdulillah saya dpat Rp 250 juta dan semua ini
    berkat bantuan angka dari AKI RORO
    karena cuma Beliaulah yang memberikan angka
    ritual yg di jamin 100% tembus awal saya
    bergabung hanya memasang 100 ribu karna
    saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
    tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
    angka nya,,,,buat anda yg butuh angka yang di jamin tembus
    hubungi AKI RORO DI NO: ((_082_336_642_456_))
    insya allah beliu akan siap menbatu kesusahan anda
    ''kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T dan terima kasih banyak kepada AKI RORO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *