Home / Berita / jangan selamba tunjuk p2yud7ara depan kamera semasa posing

jangan selamba tunjuk p2yud7ara depan kamera semasa posing

Fathul Bari berkata, ibu-ibu mempunyai dua tanggungjawab, iaitu terhadap Allah, dengan menjaga aurat dan terhadap anak, dengan menyusukannya.

Kempen penyusuan anak untuk memberi kesedaran dan menggalakkan ibu-ibu untuk terus menyusukan anak dengan susu badan, walaupun di tempat awam merupakan kempen yang positif.

Bagaimanapun, kata Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahya, peserta kempen tidak perlu menyusukan anak di hadapan media yang merakamkan perbuatan tersebut sehingga menjadi tontonan umum.

“Nak berkempen silakan, tetapi tidak perlulah sehingga menyusukan anak di hadapan media-media yg merakam aksi kalian.

“Namun, saya yakin, kalian menutupi dan melindunginya dengan baik. Moga-moga tiada rakaman berniat jahat.

“Ibu-ibu yang dikasihi sekalian, Islam adalah agama yang berdisiplin. Pada masa sama, terdapat juga kelonggaran, khususnya di saat memerlukan. Oleh itu, tindakan kita perlu lebih berimbang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan sekumpulan ibu-ibu mengadakan perhimpunan menyusukan anak-anak, di mana media turut membuat liputan.

Menurutnya, beliau memahami tujuan flashmob itu untuk menggalakkan ibu-ibu yang malu menyusukan anak di tempat awam dan akhirnya menggunakan susu formula.

Jelasnya, dalam hal ini, ibu-ibu mempunyai dua tanggungjawab, iaitu terhadap Allah, dengan menjaga aurat dan terhadap anak, dengan menyusukannya.

“Imbangilah antara tanggungjawab sebagai hamba Allah dan tanggungjawab sebagai ibu.

“Caranya mudah, bersungguh-sungguh menyusukan anak, di samping bersungguh-sungguh menjaga batas aurat.

“Bukan dengan cara selamba mengeluarkan payudara kalian, tanpa menghiraukan persekitaran yang memiliki niat pelbagai,” ujarnya.

Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.

Tags: Dr Fathul Bari Mat Jahya, ibu, penyusuan anak

http://bm.therakyatpost.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!