Home / Berita / Kadang-kadang seminggu tak makan kerana ditipu – lelaki india sanggup berjalan 20 KM cari set penggambaran

Kadang-kadang seminggu tak makan kerana ditipu – lelaki india sanggup berjalan 20 KM cari set penggambaran

Kadang-kadang seminggu tak makan kerana ditipu - lelaki india sanggup berjalan 20 KM cari set penggambaran
Kadang-kadang seminggu tak makan kerana ditipu – lelaki india sanggup berjalan 20 KM cari set penggambaran

Kadang-kadang seminggu tak makan kerana ditipu – lelaki india sanggup berjalan 20 KM cari set penggambaran

SANGGUP BERJALAN 20KM SETIAP HARI CARI SET PENGGAMBARAN.

CHOW KIT – Kitorang break makan tengahari shooting drama #KernaSyurgaBukanPercuma #astrooasis tetiba aku ditegur seorang remaja India (24 tahun) menggigil tangan dia menekap perut.

“..abang director kan, ada kerja kosong tak? saya nak kerja..”

apa kau boleh buat dik?

“..saya bekas pelajar Diploma Broadcast & Film di KLMU tapi belajar tak habis bang..”

“..saya urus diri sendiri tapi saya sedang gagal, abang. saya tidak punya apa-apa. tapi jiwa saya sangat kuat mahu capai cita-cita saya jadi filmmaker.

Image may contain: 1 person, standing, walking and outdoor

“..setiap hari saya berjalan kaki dari bilik sewa saya di Batu Caves ke bandaraya Kuala Lumpur cari set penggambaran mau minta kerja. tidak ada sesen pun untuk naik bas..”

Allahuakbar.. ceritanya sama macam aku.
awak dah makan belum?

“..belum abang. Itu tidak ada masalah, abang ada kerja untuk saya? saya mau cari rezeki yang baik bukan minta sedekah..”

bila last kau makan??

“..3 hari lepas abang..”

Allahu.. jom, kita sambung cerita di meja makan. dia pada mula taknak. tapi tangan menekap perut itu mula melangkah.

Image may contain: 2 people, people smiling, sky, bridge and outdoor

“..saya anak tunggal, sejak kecil emak ajar saya menonton filem sebab impian dia mahu saya jadi pembikin filem. selepas SPM, saya mahu masuk Limkokwing dan ASWARA. tapi sudah 3 kali permohonan saya ditolak. setiap tahun saya tunggu temuduga ASWARA akhirnya saya masuk KLMU..”

jadi kenapa kamu tak habis belajar?

“..emak sangat gembira bila saya masuk KLMU dan dia sangat berharap saya pegang segulung sijil dalam perfileman. cita-cita saya juga mahu jadi seorang pengarah, pelakon dan penulis skrip. tapi………..”

“..emak MENINGGAL DUNIA lepas seminggu saya mendaftar KLMU. hidup saya yatim piatu. tidak dapat sambung belajar lagi. saya hanya sempat direct satu shortfilm kelas..”

(link dibawah)

“..ayah tidak percaya cita-cita saya mahu jadi pengarah & penulis skrip. dia kata itu kerja ada 2 perkataan sahaja (action + cut) tapi susah mau dapat. selepas emak tiada, dia tinggalkan saya tanpa apa-apa. ini baju seluar pun orang sedekah abang..”

“..saya merempat seorang diri. macam-macam kerja saya buat. selain security guard dan kerja kasar lain, saya berjalan kaki seorang diri ke tengah bandar Kuala Lumpur untuk cari orang shooting.

“..jiwa saya sangat kuat mau jadi filmmaker. bila sudah petang, saya jalan kaki balik Batu Caves, saya akan siapkan skrip saya sebab idea mencurah-curah..”

“..pernah beberapa kali hantar proposal – skrip saya tetapi produksi tak jawab. minta kerja pun ditolak sebab saya nampak macam pengemis. kadang-kadang saya tak makan seminggu sebab saya tak dapat duit dan ditipu..”

kenapa kau tak minta sedekah?

“..saya tidak akan sesekali minta sedekah, abang. tidak mahu jadi gelandangan macam di Chow Kit. emak ajar saya supaya jangan buat benda yang salah, biar ikhlas dan halal, jangan mengemis..”

“..setiap hari berjalan ke KL cari kerja, saya akan singgah kuil untuk berdoa..”

apa yang kau minta dalam doa kau?

“..satu saja bang doa saya, semoga saya berjaya dalam perfileman..”

kuat impian anak muda ini untuk berdiri dalam industri seni. apa semangat yang kau pegang dik?

Image may contain: 1 person, sitting

“..abang, aku rela mati kalah, dari hidup kalah..”

aku terdiam.

p/s : saudara saudari dalam industri seni, yang mana ada kerja kosong produksi, carilah mamat nie.

pengalaman dia hebat, jiwa dia besar. penulisan dia mesti menarik. ada seutas harapan yang belum tergadai di dadanya untuk titipan Malaysia.

dia tak punya apa-apa nak berhubung, jadi aku bagi imbuhan dan paksa dia beli simkad. kami berpisah tak lama dia meseg aku nombor baru :
+60169676096 (SHATISH)

link youtube shortfilm karya & arahan Shatish :
https://youtu.be/aI5pFXSabyw
– cuba tengok, monolognya sebijik macam nasib dia sekarang.

credit to :Shuhaimi Zulkefli

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!