Home / Perkahwinan / kalau suami balik rumah madu.,saya keluar rumah untuk layan jantan lain

kalau suami balik rumah madu.,saya keluar rumah untuk layan jantan lain

 

KLANG – Tergamak seorang isteri keluar menemani lelaki lain untuk berhibur tanpa pengetahuan suami.

Pastinya itu kenyataan yang harus diterima seorang suami apabila isterinya yang merupakan wanita warga Indonesia tertangkap dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Taman Eng Ann, di sini, malam tadi.

 

Hanya mahu dikenali sebagai Melati, berusia lingkungan 20-an, dia mendakwa datang ke pusat hiburan berkenaan hanya sekadar untuk berhibur dan menemani seorang lelaki.

“Saya dibayar dan hanya ke sini untuk minum sahaja. Kadang-kadang saya dibayar RM50, bergantung kepada pelanggan.

 

“Ini cuma pendapatan sampingan saya sahaja dan ‘customer’ pun hanya cari saya kalau ada kawan-kawan yang ‘suggest’ nombor saya kepada mereka,” katanya yang ditemui, di pusat hiburan terbabit.

Menurut wanita yang sudah memiliki seorang anak berusia enam tahun itu, dia keluar tanpa pengetahuan suaminya yang berada di Meru, Klang dan juga merupakan warga tempatan.

 

Tambahnya, dia yang mendakwa merupakan isteri kedua itu keluar ketika suaminya berada di rumah isteri pertama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, Ops Noda ini dijalankan pada jam9.20 malam yang diketuai Asisten Superintendan Azhar Ali dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK).

 

“Kita telah menahan 14 wanita warga asing disyaki gadis pelayan pelanggan (GRO) berusia 18 hingga 26 tahun membabitkan warga Vietnam dan Indonesia.

“Kita turut menahan seorang penjaga premis warga tempatan berusia 26 tahun bagi membantu siasatan,” katanya.

 

Beliau berkata, beberapa barang telah dirampas antaranya resit perniagaan dan wang tunai.

Katanya, Seksyen 55B Akta Imigresen dan Seksyen 39B Akta Imigresen.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!