Home / Masalah sosial / Kantoi Berasmara Di Bilik Salinan Baju, Pasangan Dipaksa Bogel Di Khalayak Ramai

Kantoi Berasmara Di Bilik Salinan Baju, Pasangan Dipaksa Bogel Di Khalayak Ramai

Kantoi Berasmara Di Bilik Salinan Baju, Pasangan Dipaksa Bogel Di Khalayak Ramai
Kantoi Berasmara Di Bilik Salinan Baju, Pasangan Dipaksa Bogel Di Khalayak Ramai

Kantoi Berasmara Di Bilik Salinan Baju, Pasangan Dipaksa Bogel Di Khalayak Ramai -Baru-baru ini, media sosial Indonesia tersebar luas sebuah video yang memaparkan sepasang kekasih bawah umur ditahan akibat berasmara di bilik salinan baju dan dipaksa membogelkan diri di khalayak ramai. Hasil siasatan polis mendapati penyebaran video itu adalah tindakan yang sengaja dilakukan oleh pegawal keselamatan di pusat beli belah itu.

Berdasarkan portal CNA dari Taiwan yang memetik laporan media tempatan, kedua-dua kekasih berasal dari Surabaya yang masing-masing berumur 16 tahun dan 15 tahun, mereka ini dikatakan berasmara di dalam bilik salinan baju di Pusat Beli Belah Lotte Mart Mall.

Setelah perbuatan pasangan kekasih itu disedari, maka kakitangan pusat beli belah memaklumkan pengawal keselamatan. Mereka kemudian dipaksa membogelkan diri sambil berjalan di khalayak ramai untuk dibawa ke bilik pengawal keselamatan untuk disoal siasat.

Walaupun disoal siasat dilakukan pengawal keselamatan, tetapi tiada laporan polis dibuat, dan hanya memaklumkan kepada ibu bapa mereka setelah diberi teguran.Memetik laporan Bangka Pos, sebenarnya mereka bukan kali pertama berasmara di dalam bilik persalinan baju.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, video yang memperlihatkan mereka berperbuatan kurang senonoh itu didapati tersebar meluas di media sosial. Hasil siasatan polis, sebenarnya video itu disyaki dimuat naik oleh ketua unit pengawal keselamatan yang bernama M Kusno dan penolongnya.

Polis telah menahan M Kusno, dan suspek akan berdepan hukuman penjara paling tinggi selama 12 tahun jika didapati bersalah viralsial.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!