Home / Perkahwinan / kasih syg saya sikit pun x dihargai..masa baru kahwin inai masih di jari pun dia boleh tidur dgn perempuan lain

kasih syg saya sikit pun x dihargai..masa baru kahwin inai masih di jari pun dia boleh tidur dgn perempuan lain

Assalamualaikumm..admin tolong hide profile saya..

Saya dah berkahwin selama 6 tahun..dikurniakan sepasang cahaya mata dan sekarang masih berpantang anak kedua..Saya dan suami bakal bercerai..dia curang dgn saya berkali2 dlm tempoh perkahwinan kami ni..kasih syg saya sikit pun x dihargai..masa baru kahwin inai masih di jari pun dia boleh tidur dgn perempuan lain..ketagih ketum lg.

 

.syg punya pasal saya terima..12 tahun kenal dia..family dia dah tau tentang perangai dia tp minta saya jgn bgtau family saya..saya x pernah bgtau sebab jaga aib dia..family saya baru tahu baru2 ni saja bila masalah ni dah sampai ke mahkamah..apa lg semua pakat terkejut la sbb nampak baik2 saja hubungan kami..serius saya sangat syg kan dia selama ni dan berharap dia berubah..masalah makin teruk bila dia datang ke rumah saya bersama family dia buka aib saya satu2 depan semua org…

 

dia nak tutup kesalahan dia yg curang tu dan cari kesalahan saya..kesalahan yg dia cakap tu dia kata saya x suka dgn family dia…yg tu ja..sedangkan kesalahan dia??saya tau saya juga x sempurna tp x perlu la aibkan saya mcm tu sehingga saya terduduk..1 keburukan saya yg dia nampak..sedangkan selama 12 tahun kenal dia dari dia zero hingga la dia kerja elok susah senang bersama dia..sekelip mata semua ni jadi..

 

Buat awak..kita dah kenal lama dari sekolah..dari awak xda apa2..sampai awak pakai motor kereta dan kerja elok..saya yg disamping awak..4 tahun xda anak saya usaha makan mcm2 produk, mengurut sehinggalah buat iui semata2 nak bg awak zuriat sampai la kita dah dpt anak sepasang..kesian bila fikir anak2 yg masih kecil x tahu apa2 lg..awak curang dgn saya berkali2 saya terima sbb sayangkan awak ikhlas dunia akhirat….

 

hari makin hari nampak hubungan kita makin jauh sbb awak x rasa nak perbaiki balik..saya cuma bersabar..bila hal ni melibatkan family sehingga awak jatuhkan maruah saya..awak hina saya..saya rasa cukuplah sampai sini saja..awak kata awak bg pinjam kereta untuk kegunaan anak2 ja dan haramkan untuk saya guna untuk urusan peribadi semasa proses bercerai kita ni..gelang saya yg awak pajak untuk bayar duit kereta tu tolong ambil balik ye…

 

ok, awak lupa saya yg hina ni la disamping awak selama ni..tp dosa saya yg satu tu buat awak lupa segalanya..xpa la awak, saya pun dah move on..semoga awak bahagia dgn perempuan tu..yg awak jalin hubungan masa saya mengandung anak kita kedua ni..ingat la sampai bila awak nak berseronok?hidup untuk apa sebenarnya?tq awak sebab buat hidup saya mcm ni..insya Allah saya kuat dan saya boleh hidup tanpa awak..jumpa di mahkamah nanti..

Tq admin siarkan..sorry ayat terabur..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!