Home / Ilmu / Kasihnya Seorang Ibu

Kasihnya Seorang Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu .
Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang
dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00
3) TOlOng buang sampah : RM1.00
4) TOlOng kemas bilik : RM2.00
5) TOlOng siram bunga : RM3.00
6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00
Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) KOs berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) KOs air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

“Saya Sayangkan Ibu”.

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!