Home / kisah / keluar bilik air berk3mban dan stop dekat meja makan. Sambil tu dia buka ikatan tuala yang-adik ipar

keluar bilik air berk3mban dan stop dekat meja makan. Sambil tu dia buka ikatan tuala yang-adik ipar

Saya nak minta pendapat semua warga KRT. Masalah saya ni kecil je sebenarnya, tapi kalau dah selalu sangat hadap. Rasa menyampah juga.

Saya sudah berumahtangga dua tahun dan mempunyai anak sorang. Suami saya ni anak nombor tiga. Dia ada dua orang adik, seorang lelaki dan perempuan. Yang menjadi masalah saya ni adalah berkenaan adik ipar perempuan saya ni. Aduhaiii tak tahulah dimana silapnya, dia ni seolah tak ada adab. Dia ni umur dah 23 tahun dan tak bekerja. Tak kerja pun sebab ayah mertua saya tak bagi gara2 dia pernah lari ikut pakwe.

Bayangkanlah bila balik ramai2 rumah mertua, dia ni selamba je dalam rumah pakai seluar pendek paras peha tu. Hari raya kita pkai bju kurung, dia pkai dress. Bila lepas mandi, selamba keluar bilik air pkai tuala berkemban. Pakai baju sengaja tak tutup pintu bilik. Bila balik ramai2 ni, da sah2 ipar duai sya pun ada sekali. suami sya ada dua orang kakak, kdang tu sya tengok biras2 saya ni punya tunduk malu tengok adik ipar macam tu. Biras saya yg sulung tu kdg susah sangat nk kluar bilik…mngkin sbb xslesa. Kdg bila xda org br dia kluar mkn nasi. Dia ni mmg mcm malu2 sikit.

Pernah satu hari tu, kami tgh minum petang. Tiba2 dia keluar bilik air berkemban dan stop dekat meja makan. Sambil tu dia buka ikatan tuala yg dkt dada tu buat lap muka(siku tahan tuala dekat buah dada dr melorot jatuh) Allah, sakit sungguh mata saya tengok. Suami sya marah n tegur.

Dia blh tarik muncung, masuk bilik hentak2 pintu. Mmg suami saya dah puas marah, kdg geram nk bg penampar. Klu ayah mertua saya pulak tegur, dia ugut nak lari rumah. Klu pukul karang, ugut nk report polism Menyampah betul saya menengok kelakuan dia. Macam org tak betul. Bgi saya sangat tak sopan dengan umur dia tu. Dia sudah lah anak dara, lepas tu ada abg2 ipar n ank2 saudara lelaki.

Kalau dengan mak mertua saya pulak dia lnsung tak takut. Mak dia tu marah,dia marah semula. Mak dia lmbt masak, dia dh terjerit macam kebulur sangat. Pernah satu hari tu, saya masak nasi goreng. Kakak ipar pulak goreng ikan kering utk buat lauk. Dia keluar, tanya mak mertua saya. Mana telur goreng? Mertua cakaplah, nak mkn goreng sendiri. Tapi dia boleh ambik kuali, lempar atas lantai dapur.

Dia kata bodoh sangat, msk ikn kering. busuk. Masyallah, mengucap saya. Mertua saya marah, dia melawan semula. lepas tu lari masuk bilik. Senang kata, dia ni mmg tak makan saman. Jenis memberontak, mmg sengaja sbb dia nak ayah mertua saya bg dia kluar rumah.

Rasa2 apa nasihat n cara yg saya blh buat? Atau saya perlu biarkan je. Saya ke yg berhati hitam? Saya ni terlalu menyibuk ke? Tp sungguh, saya jd xsuka balik rumah mertua sebab dia. Saya kalau boleh tak nak keadaan ni berterusan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *