Home / semasa / Kematian 2 tentera Laut, Bekas pegawai TLDM dedahkan sesuatu yang membuatkan pihat atasan panas punggung

Kematian 2 tentera Laut, Bekas pegawai TLDM dedahkan sesuatu yang membuatkan pihat atasan panas punggung

Kematian 2 tentera Laut, Bekas pegawai TLDM dedahkan sesuatu yang membuatkan pihat atasan panas punggung
Kematian 2 tentera Laut, Bekas pegawai TLDM dedahkan sesuatu yang membuatkan pihat atasan panas punggung

laporan dari harian metro mengatakan 2 tentera TLDM meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal – DUA anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan pada jam 3. 15 petang, semalam.

Dalam kenyataan media TLDM, hari ini, dua anggota terbabit adalah Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26.

Berdasarkan kenyataan itu, kedua-dua mereka menjalani latihan fizikal mengikut prosedur.

Jurucakapnya berkata, ketika latihan, mereka mengadu kepenatan sebelum direhatkan dan seterusnya dimasukkan semula ke dalam bilik tahanan.

“Kedua-dua anggota itu kemudiannya muntah dan sesak nafas. Mereka kemudian diberikan rawatan awal oleh petugas pusat tahanan.

“Bagaimanapun, disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik pada 3. 15 petang, ” kata kenyataan itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal doktor ke atas kedua-dua anggota itu tidak menemui sebarang kesan penderaan fizikal.

“Bagaimanapun, kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan sebab sebenar kematian itu.

“Punca sebenar kematian masih dalam siasatan polis. TLDM akan memberi kerjasama penuh dalam siasatan.

“Selain itu, TLDM juga menubuhkan Lembaga Siasatan untuk meneliti prosedur kerja yang sedia ada, ” katanya.

Namun tidak puas hati dengan laporan tersebut isteri mangsa tampil mendesak supaya pihak berwajib mendedahkan perkara yang sebenar punca kematian suaminya berikut petikan akhbar berita harian

KUALA LUMPUR: “Saya nak lihat sendiri arwah suami, nak baca laporan bedah siasat. Saya inginkan kepastian punca sebenar kematiannya,” kata Bazlin Mohammad, 28.

Isteri Allahyarham Laskar Kelas I, Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dilapor meninggal dunia selepas menjalani latihan fizikal di Lumut petang semalam, berkata laporan bedah siasat dijangka diperoleh jam 3 petang ini.

Jururawat berkenaan berkata, arwah seorang yang sihat dan tidak menghidapi apa-apa penyakit.

“Sebagai jururawat, saya tahu keadaan kesihatan manusia. Maklumat awal mengenai kematian suami, saya tidak boleh saya terima setakat ini,” katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Sambil menegaskan tidak berpuas hati dengan laporan awal kematian suaminya, Bazlin berkata, beliau melihat penjelasan itu tidak jelas dan meragukan.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bazlin30sept1.jpeg.transformed_0.jpg
isteri mangsa

“Ketika pegawai di tempat arwah bekerja memaklumkan suami meninggal dunia ketika dalam tahanan, saya tidak percaya dia boleh mati begitu sahaja.

“Takkanlah suami dan rakannya yang turut dikenakan tindakan tahanan, boleh muntah dan sesak nafas bersama-sama,” katanya yang kini berada di Hospital Ipoh menunggu jenazah suaminya.

Bazlin berkata, kali terakhir dia berhubung dengan suaminya pada Rabu lalu.

“Suami memaklumkan, dia dikenakan tindakan tahanan selepas melanggar peraturan ketika berada di sana, beberapa kali lewat ke tempat kerja. Kali terakhir dia lewat pada Isnin lalu.

KENYATAAN media yang dikeluarkan di laman Twitter TLDM hari ini.

“Dia juga sempat berpesan kepada saya pada malam Ahad untuk mengejutkannya pagi Isnin itu, namun dia terlewat bangun dan masuk kerja lewat.

“Ketika menghubungi saya, dia berpesan supaya saya tidak risau kerana tindakan tahanan adalah perkara biasa,” katanya.

Mohd Baihaqy dan Laskar Kelas I Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, dilaporkan meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan.

TLDM menubuhkan lembaga siasatan bagi meneliti prosedur operasi standard (SOP) latihan fizikal dan memaklumkan punca sebenar kematian dua anggotanya itu masih dalam siasatan polis.

Kenyataan itu turut memaklumkan hasil siasatan awal mendapati dua anggota terbabit mengadu penat dan direhatkan sebelum muntah dan sesak nafas dan diberi rawatan awal oleh petugas pusat tahanan.

Ia juga memaklumkan, mereka disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada jam 3.15 petang dan hasil pemeriksaan awal doktor tidak menunjukkan sebarang kesan pukulan atau penderaan fizikal.

seorang netizen bekas TLDM yang menggunakan akaun facebook muhammad don mendedahkan sesuatu yang patut anda baca di printsceen dibawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!