Home / Berita / Kisah MIke Tyson Memeluk Islam

Kisah MIke Tyson Memeluk Islam

Sebut sahaja Mike Tyson tentu semuanya masih ingat seorang peninju dunia satu ketika dahulu digeruni oleh peninju-peninju yang lain.Kali ini admin ingin kongsikan kepada para pembaca disebalik kisah beliau memeluk islam mungkin info ini agak lama namun kita perlu tahu serba sedikit kisahnya

“Saya tidak mampu menahan air mata ketika mengetahui saya berada di salah satu taman-taman syurga (raudah),”

ujarnya dengan penuh terharu.

Beliau memeluk agama Islam pada tahun 1995 dan sejak itu mahu dikenali dengan nama Malik Abdul Aziz. Perjalanan hidupnya sebagai seorang Islam tidak diketahui umum. Malah, menurut laporan lanjut, ada pihak berusaha supaya ia kembali ke agama asal.

Sejak memeluk Islam beliau pernah menyatakan bahawa yang paling ditakutinya ialah Allah swt.

“Saya takut kepada Allah. Saya tahu saya banyak buat perkara yang jahat dan salah yang kesemua itu melayakkan saya masuk neraka sahaja. Namun saya memohon keampunan daripada-Nya setiap hari.”

Beliau mengerjakan umrah pada awal Julai dengan kerjasama Pertubuhan Dakwah Kanada (CDA). Dan dengan itu berada di Tanah Suci selama sebulan. Bagi Tyson 44 tahun, ia kesempatan menemui para pemimpin dan tokoh-tokoh agama serta menziarahi tempat-tempat bersejarah.


Gambar-gambar yang diambil dan ada yang dikirim melalui twitter jelas menunjukkan wajah gembiranya di hadapan Kaabah. Ada antara yang mengenalinya mendoakan semoga ia terus teguh iman seperti Bilal.

Laporan mengenainya tidak pula disiarkan oleh sesetengah akhbar, majalah dan siaran televisyen dunia Barat yang dahulunya begitu cepat melaporkan segala tindak-tanduknya. Dan tersebut kemudian gelaran Iron Mike, Kid Dynamite, Baddest Man in the Planet.

Mendahuluinya ke tanah suci ialah tokoh tinju dunia Mohammad Ali dan Malcolm X (1925-1965) Haji Malik al-Shabazz, pejuang nasib warga kulit hitam ketika berlakunya diskriminasi antara kaum secara berleluasa.

Laporan mengenai umrah oleh Tyson disebarkan setelah Parlimen Perancis meluluskan rang undang-undang melarang wanita Islam memakai burqa dan ini mahu diikuti oleh negara Belgium.

credit:hafizamri.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!