Home / Berita / kisah seorang isteri yang meninggal dunia kerana didera oleh suami yang kaki minum dan kaki dadah

kisah seorang isteri yang meninggal dunia kerana didera oleh suami yang kaki minum dan kaki dadah

Just kongsi 

Part 1 Suami kaki dadah,minum arak dan kaki pukul
Assalamualaikum sy terpanggil utk berkongsi kisah seorg isteri (ank
saudara kenalan sy) yg meninggal dunia krana didera oleh suami yg kaki
minum dan kaki dadah, arwah mmpunyai 3 org ank, sulung lelaki dan yg
kedua &ketiga perempuan, arwah sering kali dipukul,didera oleh
suaminya, 

disaksikan oleh ank2 nya, kdg arwah lari pergi minta bantuan
di rumah mak saudaranya, tapi x bertahan lama, seminggu kemudian muncul
sang suami pujuk utk pulang, kemudian berlaku lagi penderaan, sehingga
la arwah dikurung didera sehingga meninggal, ank2 merayu kpd ayah utk
tdak memukul mak mereka, ank2 yg berlari keluar rumah meminta bantuan..
Bnyak sy baca kisah di KRT suami kaki pukul, suami kaki dadah, tapi
istri2 masih bertahan walau dipukul, sekarang ank prmpuan arwah jadi
saksi di mahkamah menceritakan segala apa yg berlaku,

semuanya berlaku di
hadapan dia sehingga ank kecil yg msih (dlm lingkungan 7 8 thun)
trauma, anggap semua lelaki jahat dan dia sndiri tdak mahu berkahwin,
ramai wanita2 gunakan alasan ‘takut anak x dapat kasih syg ayh’ dan
membuat keputusan utk bertahan walau didera suami sndiri, suami hisap
dadah, menolak utk melaporkan pada polis, menolak utk segera ke hospital
, bila lapor, tarik balik..mudah menerima kembali..bagi mereka ank2
perlukan kasih syg ayah, tapi adakah wanita2 ni sedar yg dalam masa yang
sama wanita2 ini merosakkan masa depan anak sendiri?? Anak akan trauma,
hilang hormat pada ayah mereka sndiri bila mereka dewasa kelak,knapa? 

 Krana mereka mnyaksikan sendiri kejahatan ayah mereka terhadap ibu
mereka, wahai wanita2 bangkitlah jgn jadikan anak sebagai alasan, jika
kamu dipukul jgn biarkan..kalau yg memukul tu bukan org yg bernama suami
mesti kita cepat2 report polis siap nak saman lagi kan..apa yang mereka
lakukan itu satu jenayah, jenayah yg perlukan hukuman undang2, kisah
arwah ni bnyak memberi impak pada anak2 nya, emak meninggal, ayah pula
di dalam penjara.. Hilang kedua2 tempat bergantung dan ditempatkan di
rumah anak2 yatim, 

Mungkin bagi sesetengah org mereka fikir
biasalah tu suami pukul isteri, dan isteri memaafkan, kemudian berulang
lagi, seolah2 merelakan dipukul, dijadikan punching bag, 

Bukan sy
galakkan perpisahan tapi istilah kesian kan anak , anak perlu kasih syg
ayah tu tdak boleh dijadikan alasan dah.. Bila x bersama bukan bermaksud
anak tidak boleh berjumpa ayah mereka, hubungan anak dan ayah mungkin
akan lebih erat bila sudah x bersama, mereka akan lebih menghargai bila
bnda sudah tiada, mungkin setengah kaum adam fikir yg sikit2 suh cerai,
sikit2 suh cerai

, tapi cuba jadikan mangsa2 keganasan rumah tangga ini
sebagai kakak dan adik anda, anda juga akan bertindak melakukan perkara
yg sama, kepada wanita2 tolonglah kuat, yakin pada diri.. Jgn sampai
nasi dah jadi bubur baru mnyesal… Kalau sebatang kara pon bnyak bdan2
lain yg ada, mesti ada seorg insan yg dapat tolong..fikir tntang anak2
kita, keganasan rumah tangga impak dia pada anak2 juga, dadah impak dia
pada anak2 juga, nak ke besarkan anak2 bersama ayah mereka yg kaki
dadah?

 Pengalam sy sndiri, anak2 hilang hormat pada ayah, ank2 ikut
jejak makan dadah.. Seorg ayh yg mcm tu ke anda perlukan utk ank anda?
Fikir sedalam2 dalamnya jgn buta kerana cinta tapi diri tersiksa, kalau
anda sendiri yg mahu tersiksa x pe, tapi kalau anda dalam keadaan x
sedar heret anak2 anda jugak yg pasti turut tersiksa,
To be continued

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *