Home / Berita / Loji Lynas selamat dari banjir

Loji Lynas selamat dari banjir

KUALA LUMPUR – Loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang tidak terjejas dengan banjir dan beroperasi seperti biasa.

Kenyataan Lynas Malaysia Sdn Bhd berkata kemudahan menyimpan sisa (RSF) loji itu telah dibina sebegitu rupa bagi menghalang sebarang larutan meresap ke dalam tanah dan tersebar di alam sekitar serta memenuhi piawaian kebangsaan dan antarabangsa.

“RSF direka bentuk dan dibina bagi menyediakan keupayaan mencukupi membendung air yang disebabkan banjir yang melanda kawasan sekitarnya,” kata kenyataan itu.

Lynas turut melahirkan rasa simpati kepada mereka yang terbabit dengan banjir di Pahang terutama Kuantan. – Bernama
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!