Home / JENAYAH / `Maaf, saya sudah bunuh orang’-pesakit mental bunuh bibik sambilan

`Maaf, saya sudah bunuh orang’-pesakit mental bunuh bibik sambilan

“MAAF YA…. KALAU ADA KELUARGA YG MENGADAPI MASALAH MENTAL… MOHON PANTAU MEREKA YA… JANGAN LUPA BG MAKAN UBAT. KESIAN TGOK KEADAAN MEREKA. MEREKA MELAKUKAN TANPA SEDAR…”

 

`Maaf, saya sudah bunuh orang’

 

IPOH: Hasrat seorang wanita mencari rezeki tambahan dengan mencuci rumah tidak kesampaian apabila dibunuh anak pemilik rumah yang hendak dibersihkan, petang tadi.

 

Wanita warga Indonesia berusia 40-an itu dibunuh seorang lelaki ketika sedang membersihkan rumah ibu bapa lelaki berkenaan di Kampung Tersusun Tasek, di sini, kira-kira jam 3 petang tadi.

 

Suspek kemudiannya pergi ke Balai Polis Bercham dan memaklumkan kejadian itu serta mengakui membunuh wanita terbabit.

 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata suspek berusia 34 tahun, yang juga anak pemilik rumah datang ke balai polis itu pada jam 3.30 petang dan memaklumkan sudah membunuh seorang wanita yang datang mencuci rumahnya serta meminta maaf atas perbuatannya itu.

 

“Polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan menemui menemui mayat mangsa dengan kesan tetakan pada bahagian muka serta belakang kepala.

 

“Tiga jari di kedua-dua tangan mangsa juga didapati putus,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Chang Keong berkata, polis menemui mayat mangsa di antara ruang tamu dan bahagian dapur rumah berkenaan dalam keadaan tertiarap.

 

Polis turut menemui parang yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu di kawasan luar rumah.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa bekerja sebagai tukang cuci sambilan datang ke rumah berkenaan selepas dipanggil pemilik rumah untuk kerja membersihkan rumah.

 

“Keluarga suspek memaklumkan suspek mempunyai sejarah penyakit mental dan polis akan menyiasat dakwaan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

Oleh Shaarani Ismail
[email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!