Home / Cinta / mamat tu hantar makanan dekat rumah dia dan gf sy ajak dia makan bersama DALAM rumah pada jam 1.40 am

mamat tu hantar makanan dekat rumah dia dan gf sy ajak dia makan bersama DALAM rumah pada jam 1.40 am

sekadar gambar hiasan

Assalamualaikum. Hi min. Sy seorang lelaki dan ni fake acc sy.

Sy ni bakal berkahwin dgn seorang yang berstatus hujung tahun ni. Org Johor min. Doakan la menjadi yek. Sy taknak cerita panjang sebab nanti mata makcik bawang jadi juling. 2/8 lepas sy ada scan whatsapp dekat phone pasangan sy. Then apa yg sy jumpa, dia ada orang lain. Dan ketika saya cuti, sy datang jumpa dia min. Oh ya, sy asal drpd KL, dia di JB. Sambung balik, lepas kantoi semua msg dalam tu, sy terus tunjuk pada dia dan sy tanya siapa lelaki tu pada dia yang sebenarnya. Sebelum ni saya ada tanya juga, katanya org tu ada masalah dah berhutang dengannya.

Ok lah. Sy terima je sebab dia asyik call gf sy ni banyak kali. Mungkin sebab nak cakap pasal bayar hutang. Think positif la masa tu min. Then lepas tunjuk semua msg2 dorg, dia nangis bagai nak rak. Then sy suruh dia buat pilihan, saya atau lelaki tu. dan dia pilih saya. Ok lah. Once dia dah buat keputusan, sy cakap jangan layan lelaki tu lagi.

1st week lepas kantoi, dorg masih lagi berhubung melalui whatsapp. Masih tak serik2 lagi tapi sy diamkan je sebab sy kejar target utk bersama dia asalkan dia tak buat bukan2 di belakang sy.

Benda paling buat sy panas hati, 13/8 sy dapat tahu mamat tu hantar makanan dekat rumah dia dan gf sy ajak dia makan bersama DALAM rumah pada jam 1.40 am dengan alasan cuma makan je dalam rumah tu. sy call dia banyak kali tapi still no response. Then dia respon pukul 3 pagi dengan cakap sy ni buat dia mental dengan soalan2 yg sy hamburkan sepanjang dia takde respon tu.

Min, lepas kejadian tu, esoknya sy terus jumpa dia dengan muka dia yg takde rasa bersalah langsung. Sy minta untuk memutuskan hubungan dengan dia sebab bagi sy dia dah tikam belakang sy. Dia permainkan sy. Dia cuma cakap, sorry dan tak buat lagi tapi saya masih berlembut hati serta memaafkan dia. Sakitnya min sendiri tahu bila dikhianati macam tu sekali.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *