Home / Perkahwinan / mentua paksa aku terima isteri yang sudah sundal dengan jantan lain kerna [email protected]

mentua paksa aku terima isteri yang sudah sundal dengan jantan lain kerna [email protected]

Salam semua..Ada sambungan tentang cerita saya yang isteri curang di smule.

Saya failkan cerai dengan isteri bulan 1,2017 setelah 10 tahun bersama bila tau isteri sanggup terbang ke sarawak pada bulan 12,2016 berhari² jumpa kekasih gelap,check in hotel bersama hingga sanggup meninggalkan 6 orang anak kami ke rumah maknya saat saya ada kerja di luar.

 

Bulan 2,kami naik mahkamah setelkan perceraian.Sejak saya failkan cerai kami dah tak bersaya.Terasa jijik mengenangkan sikap murahan isteri saya.Merayu isteri mintak rujuk saya tak layan.Sehingga mak bapak mertua pun merayu mintak saya terima anak mereka balik.Maaf kata saya tak mampu nak terima semula.Desakan mereka membuatkan saya lari balik kampung.Fon pun saya tak guna.Saya menyepi selama hampir 7 bulan.

 

Baru ni saya ada call mak mertua kerana nak bercakap dengan anak² saya..rindu.Tapi mak mertua beritahu khabar mengejutkan pada saya.Ex wife saya mengandung! Bulan 12 akan bersalin! Paling mengejutkan mak bapak mertua,adik beradik ex wife mintak saya bertanggungjawab!! Apakah! Sedangkan mereka tahu saya bercerai dulu kerana anak mereka curang pada saya.Ada lelaki lain.Sampai mereka merayu pada saya maafkan anak mereka.Mereka malu kerana anak mereka buat macam tu.Saya pun sampai sekarang masih simpan fon ex wife saya yg bermain cinta dengan lelaki polis dalam smule tu.

 

Jika betul lelaki Smule tu inginkan ex wife saya kenapa sampai sekarang tak kawin lagi.Kenapa bila dah mengandung saya nak di jadikan kambing hitam menutup aib mereka.

Allah bayar cash sekarang.Ex wife saya banyak putar belitkan cerita.Saya dipersalahkan atas penceraian konon ex wife di aniaya sedangkan saya mangsanya.

 

Saya nak tanya boleh kah ujian DNA dilakukan semasa mengandung.Boleh cadangkan tempat yg bagus.

Doakan saya boleh bangkit semula mengharungi liku2 hidup ni.

krt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!