Home / semasa / Militan Al-Qaeda bersiap sedia kumpul tentera serang Myanmar

Militan Al-Qaeda bersiap sedia kumpul tentera serang Myanmar

Militan Al-Qaeda bersiap sedia kumpul tentera serang Myanmar
Militan Al-Qaeda bersiap sedia kumpul tentera serang Myanmar

Militan Al-Qaeda bersiap sedia kumpul tentera serang Myanmar -YANGON: Militan Al-Qaeda menyeru sokongan diberikan kepada orang Islam Rohingya di Myanmar, yang berdepan tindakan keras pasukan keselamatan yang mengakibatkan kira-kira 400,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh, dan memberi amaran Myanmar berdepan “hukuman” di atas “jenayah” mereka.

Penghijrahan pelarian Islam dari negara Myanmar yang mempunyai majoriti pengikut ajaran Buddha dicetuskan oleh tindakan balas pasukan keselamatan terhadap siri serangan militan Rohingya ke atas pos polis dan tentera di barat negara itu pada 25 Ogos lepas.

Kumpulan militan yang mendalangi serangan 11 September 2001 terhadap Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan menggesa orang Islam seluruh dunia menyokong saudara seagama di Myanmar dengan bantuan, senjata dan “sokongan ketenteraan”.

“Kekejaman terhadap saudara Islam kita…tidak boleh dibiarkan tanpa dihukum,” kata Al-Qaeda dalam kenyataan, menurut kumpulan pemantau SITE.

“Kerajaan Myanmar akan merasai apa yang dirasai saudara Islam kita.”

Myanmar berkata pasukan keselamatannya menjalankan kempen sah terhadap “pengganas”, yang dipersalahkan di atas serangan terhadap polis dan tentera, dan orang awam.

Kerajaan mengeluarkan amaran mengenai serangan bom di bandar, dan seruan angkat senjata oleh Al-Qaeda mungkin akan meruncingkan kebimbangan itu.

“Kami menyeru semua saudara mujahid di Bangladesh, India, Pakistan dan Filipina supaya menuju ke Burma untuk membantu saudara Islam mereka, dan melakukan persiapan sewajarnya – seperti latihan dan sebagainya – untuk melawan penindasan itu,” kata kumpulan itu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *