Home / Kisah / Mula dia urut kaki saya yang patah, akhirnya saya terlanjur di dalam biliknya – gadis melayu

Mula dia urut kaki saya yang patah, akhirnya saya terlanjur di dalam biliknya – gadis melayu

Mula dia urut kaki saya yang patah, akhirnya saya terlanjur di dalam biliknya - gadis melayu
Mula dia urut kaki saya yang patah, akhirnya saya terlanjur di dalam biliknya – gadis melayu

Mula dia urut kaki saya yang patah, akhirnya saya terlanjur di dalam biliknya – gadis melayu

Bersujudlah
“Allah rindukan rintihan kamu.”
” Berapa lamu tidak solat?”

“Bertahun tahun ummi. Sejak saya naik sekolah pagi, saya sudah tinggalkan solat. Masa saya sekolah petang di tingkatan 1, 2 saya masih solat. Bila naik tingkatan 3, sekolah pagi, saya sudah abaikan.

Mula mula lewat mengerjakan solat. Buat bila emak tegur. Lama lama rasa selesa, langsung tak solat.”

” sejak itu kamu dah leka dengan telefon pintar, asyik chatting, bercouple dan berdating, betul? ”

” betul ummi. Saya lalai kerana leka dengan telefon. Tengah borak borak di media sosial, azan, buat tak tahu aja. Terus juga sembang entah apa apa. Kemudian saya janji dengan kawan, melepak di luar.

Berkawan dengan kawan satu kepala. Takde siapa yang nak ingatkan solat. Sama sama tak solat.”

” ketika itu saya masih sekolah, Allah beri saya otak yang cerdas dan pintar tapi saya tidak menggunakan sebaik baiknya untuk kebaikkan. Saya berlagak pada kawan kawan, aku tak solat pun, keputusan cemerlang juga, dapat banyak A.” Benar benar istidraj.

” Allah berikan saya kejayaan cemerlang dalam pelajaran dalam murkaNya. Saya tidak bersyukur, bahkan makin ego. Berlagak dengan kawan kawan, konon Allah sayang sebab tu cemerlang pelajaran.”

” Sungguh bodoh saya, sombong dengan kejayaan sedikit yang mana bila bila masa Allah boleh ambik semula. Saya terlibat dalam kemalangan, tangan saya patah. Kaki saya terseliuh.

Saya tak balik rumah seminggu. Di rawat di rumah kawan. Kawan lelaki. Keluarganya benarkan kerana keadaan saya yang masih trauma akibat kemalangan .

Dalam pada itu, syaitan mengerumumi kami. Suatu malam, kawan saya teransang ketika memapah saya ke Bilik Air. Selepas saya dibawa ke Bilik Tidor semula, kawan telah tolong mengurutkan kaki saya yang terseliuh, akhirnya kami kecundang dalam nafsu membara. Kami terlanjur untuk pertama kalinya.

Ingat ia sekali itu saja, tetapi tidak. Ia berulang lagi. Ada saja peluang, kami melakukan, konon kerana itulah sayang dan cinta. Apabila keputusan SPM diumumkan, kawan dapat keputusan cemerlang, dapat menyambung penggajian di luar negara atas biaya keluarga.

Tinggallah saya menunggu panggilan matrikulasi. Malangnya, ketika saya membuat medical chek up, air kencing saya positif mengandung. Alangkah terkejutnya saya, saya tidak menduga yang saya telah mengandung 3 bulan.”

” kawan sudah selamat belajar di negara orang, tidak mungkin dapat pulang membantu saya, saya tidak dapat meneruskan ke matrikulasi, saya tak mampu bagitahu keluarga kerana ia sangat mengecewakan keluarga.

Saya malu, malu sangat sangat atas kesombongan saya selama ini. Keputusan cemerlang tapi tak dapat sambung penggajian di mana-mana kerana telah mengandung. ”

Sedikit perkongsian kisah dari fail peribadi. Ada yang masuk dengan kesedaran, mengakui kesilapan dengan Tuhan, ego dan sombong sesama manusia. Pendosa begini yang menyedari kesilapan,

benar benar mahu bertaubat dan berusaha berubah kearah kebaikkan untuk mentaati Allah dan RasulNya.

Apabila masuk penuh kesedaran, mereka akan kuat menghadapi segala ujian dan cabaran. Bersabar untuk menuju jalan jalan kebaikkan yang Allah redha bukan mudah. Kekuatan iman dan Kekental jiwa mesti bersatu dalam hati untuk mendapat keampunan Allah.

Selagi belum mati, belum terlewat untuk bertaubat. Masih terbentang luas cahaya cahaya kebaikkan .

Kepada remaja dan gadis yang telah tersilap langkah, sujudlah kepada Allah. Allah menunggu rintihan hati kamu. Mohonlah petunjuk untuk dipimpin jalan yang benar.

Tersungkur sekali bukan bermakna kamu tidak boleh bangun lagi. InsyaAllah masih ramai tangan tangan mulia untuk memimpin kamu ke syurga.

Ummi Yang Menulis,

Muna liza binti Ismail

#BaitusSolehah

#DariFailPeribadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!