Home / Kisah / Mulut Bayi Melecur Teruk Selepas Terkena Renjatan Elektrik Kerana Memasukkan Kabel Pengecas Telefon Dalam Mulut..

Mulut Bayi Melecur Teruk Selepas Terkena Renjatan Elektrik Kerana Memasukkan Kabel Pengecas Telefon Dalam Mulut..

 

 

“ALLAHUAKBAR…
PERINGATAN KITA BERSAMA YA…”

 

#Mulut Bayi Melecur Teruk Selepas Terkena Renjatan Elektrik Kerana Memasukkan Kabel Pengecas Telefon Dalam Mulut..

#GLASGOW, AMERIKA SYARIKAT – Mulut bayi perempuan berusia 19 bulan melecur teruk selepas memasukkan kabel pengecas telefon bimbit yang tidak dimatikan arusnya ke dalam mulut.

 

Ibu mangsa, Courtney N Davis, berkata, kejadian itu berlaku pada 28 September lalu di mana bayinya memasukkan kabel pengecas tersebut ke dalam mulut sebelum terkena renjatan elektrik yang menyebabkan bibir kirinya melecur teruk.

 

Mangsa kemudian dibawa ibunya ke pusat perubatan dan doktor mengesahkan bibir mangsa melecur dan tiada sebarang ubat yang dapat diletakkan pada bibir mangsa kerana bimbang akan dijilat oleh lidahnya.

 

Menurut Courtney, kebiasaannya dia tidak akan meletak alat pengecas telefon di tempat yang boleh dicapai oleh mangsa. Namun pada hari kejadian, dia terlupa untuk menyimpan alat pengecas tersebut.

 

“Hanya beberapa saat sahaja bibirnya sudah melecur. Sebelum ini dia tidak pernah meletakkan kabel pengecas itu ke dalam mulut, malah tidak pernah menyentuh alat pengecas itu.

 

“Namun pada hari itu, dia melakukan perkara yang tidak diingini itu sehingga menyebabkan bibirnya melecur teruk,” katanya.

Justeru, Courtney menasihatkan semua ibu bapa dan penjaga serta pengasuh berhati-hati dan tidak meletak atau membiarkan alat pengecas

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!