Home / Hiburan / Netizen Bongkar Ahmad Idham suka layan filem porn

Netizen Bongkar Ahmad Idham suka layan filem porn

Netizen Bongkar Ahmad Idham suka layan filem porn
Netizen Bongkar Ahmad Idham suka layan filem porn

Netizen Bongkar Ahmad Idham suka layan filem porn – BELUM pun ‘sejuk’ isu poster filem arahan Ahmad Idham Nazri, Pencuri Hati Mr. Cinderella yang kurang laris bulan lalu, kini timbul satu lagi isu panas dikaitkan dengan pengarah ternama itu.

Kali ini pula beliau dikatakan ‘kantoi’ apabila dikesan netizen tempatan pernah melayari akaun seorang pelakon video lucah terkenal dari Barat yang menggunakan nama Diana Doll menerusi laman sosial popular Twitter.

Dakwaan ‘panas’ tersebut hangat diperkatakan ramai pengguna media sosial terutama Twitter apabila pengarah itu dipercayai meletakkan tanda suka (like) pada salah sebuah video pelakon pornografi warga Slovakia berkenaan.

Lebih unik, tanda itu masih lagi boleh dilihat pada akaun peribadi Ahmad Idham. Untuk rekod Diana, 33, belum berkahwin malah dia bukan peminum arak dan tidak pernah mengambil dadah namun hisap rokok jenis ringan.

Kejelitaan Diana yang anggun berambut warna blonde dengan ketinggian hanya 165 sentimeter dan berat pula cuma 52 kilogram itu serta kini menetap di Amerika Syarikat memang menjadi perhatian ramai lelaki di seluruh dunia.

Biasalah jika ramai ‘jantan miang’ sanggup mengikuti Diana secara dekat menerusi media sosial untuk menikmati gaya seksi wanita itu namun minggu ini, nama Ahmad Idham turut terpalit sama menjadi tumpuan ramai netizen.

Ketika beliau mencabar netizen yang menghentam dirinya untuk berdiskusi secara sihat dan mendengar pandangan masing-masing mengenai isu filem dihasilkannya, pendedahan terbaharu itu nyata lebih diberi perhatian luas.

Adakah akaun pengarah itu digodam? Atau mungkinkah akaun Ahmad Idham telah ‘like’ secara automatik akibat masalah sistem komputer? Ayuh kita tunggu penjelasan lanjut dari mulut beliau pula! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *