Home / Hiburan / Netizen Terkejut Krisdayanti Bawa Anjing Peliharaannya Ketika Beriadah

Netizen Terkejut Krisdayanti Bawa Anjing Peliharaannya Ketika Beriadah

 

Netizen Terkejut Krisdayanti Bawa Anjing Peliharaannya Ketika Beriadah

Baru-baru ini Krisdayanti,penyanyi popular Indonesia itu dilihat telah memuatnaik satu gambar menunjukkan dia berjalan ditemani dengan haiwan peliharaannya menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya.

 

Gambar yang dimuat naik itu membuatkan ramai terkejut kerana haiwan yang dibawa bersama beriadah bukannya kucing tetapi seekor anjing berwarna putih rata-rata penyanyi itu beragama islam.

 

Ruangan komen di instagram Krisdyanti juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira 2.7 juta pengikutnya di laman sosial yang memberi komen negatif dan berpendapat sebagai seorang yang beragama Islam tidak boleh membela anjing untuk dijadikan haiwan peliharaan.

“Enjoying Sunday morning with dollar.” Tulisnya di kapsyen

 

Tambahan lagi, penampilan Krisdayanti yang memakai baju berwarna merah jambu itu juga dikecam, lebih-lebih lagi baju yang dipakai terlalu ketat sehinggakan menampakkan tempat sensitif dan seperti tidak memakai baju oleh kerana warna bajunya seperti warna kulit.

 

Bagaimanapun,perkongsian pelantun lagu Mencintaimu itu telah menerima lebih daripada 77,000 likes setakat ini dan 1411 ribu komen.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!