Home / Ngeri / Padah Memandang Lelaki Gadis Disimbah Asid Hingga Mati

Padah Memandang Lelaki Gadis Disimbah Asid Hingga Mati

Kashmir – Hanya kerana marahkan anak gadisnya memandang dua budak lelaki, sepasang suami isteri di sebuah perkampungan di Kotli telah bertindak kejam dengan mencurahkan asid ke muka remaja berkenaan sebelum membiarkannya mati.

Anosh Zafar, 16, diserang oleh bapanya, Mohammed Zafar selepas mendakwa perbuatan anak mereka itu telah mencemar kehormatan mereka.Perbuatan kejam itu telah dilaporkan kepada polis oleh anak perempuan sulong pasangan itu selepas dia berasa curiga kerana tidak dibenarkan menatap wajah adik perempuannya untuk kali terakhir sebelum dikebumikan.

Susulan laporan berkenaan, satu bedah siasat telah dijalankan ke atas mayat mangsa, dan doktor mendapati lebih 35 peratus daripada muka mangsa melecur akibat dicurah asid.Menurut doktor, harapan mangsa untuk hidup adalah tipis dengan kecederaan parah tersebut.Dalam pada itu, seorang anggota polis, Raja Tahir Ayub berkata, pasangan suami isteri itu mengaku melakukan kesalahan berkenaan selepas mereka ditangkap.

Raja Tahir memberitahu, lelaki berkenaan menjadi marah selepas melihat anak gadisnya itu memandang dua budak lelaki yang sedang menaiki motosikal.“Berang yang perbuatan anak perempuannya itu, dia telah menarik mangsa ke dalam rumah sebelum memukul dan mencurahkan asid ke muka budak itu, dengan bantuan isterinya.

“ Pasangan berkenaan tidak membawa anak mereka ke hospital dan dia akhirnya meninggal dunia keesokan harinya,’’ katanya.Jika sabit kesalahan, kedua-dua pasangan itu boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.Pembunuhan bagi memelihara maruah keluarga ini sering berlaku di Pakistan terutama melibatkan perkahwinan yang tidak dipersetujui oleh keluarga.

Badan pemantau hak asasi manusia di Pakistan melaporkan pada tahun lalu sahaja, seramai 943 wanita telah dibunuh dengan sembilan mangsa telah dipotong hidung, 98 lagi didera, 47 dibakar manakala 38 orang diserang dengan asid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *