Home / ISU / Pelajar Tingkatan 3 Melahirkan Anak di Surau Sekolah

Pelajar Tingkatan 3 Melahirkan Anak di Surau Sekolah

 

Pelajar Tingkatan 3 Melahirkan Anak di Surau Sekolah

Kisah dan teladan

Persoalan yang timbul…

 

Apakah takde seorang pun menyedari perubahan fizikal remaja ini, hingga melahirkan anak?
(Emak, bapa, kakak, abang, guru guru)

Apakah remaja ini tidak tahu dirinya mengandung?

Tergamak orang yang melakukan dan membiarkan remaja menderita sendirian.

Wahai emak bapa, ambik tahu dan peka dengan perubahan fizikal anak. Jika terdetik sesuatu yang mencurigakan, jàngan cuak untuk segera bawa menjalani pemeriksaan kesihatan.

 

Aib yang ditanggung anak ini sehingga bila bila. MARUAH keluarga juga tercemar hingga ke datok nenek disebut sebut orang.

Pelajar Tingkatan 3 Melahirkan Anak di Surau Sekolah
Abnor Hamizam Abd Manap

[email protected]

 

PELAJAR tingkatan tiga melahirkan bayi perempuan di surau sekolah menengah di Jempol, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Azham Shah Azlan berkata, polis menerima panggilan daripada pihak sekolah memberitahu remaja perempuan berusia 15 tahun pengsan dalam surau sekolah, 10.30 pagi tadi.

“Anggota polis ke lokasi dan menemui pelajar terbabit terbaring dengan bayi perempuan di atas badannya.

 

“Pelajar terbabit dikatakan melahirkan bayi sendirian sebelum ditemui guru. Dia kemudian dihantar ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut bersama bayi itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Susulan kejadian itu, katanya, polis menahan remaja lelaki berusia 16 tahun yang juga pelajar sekolah berkenaan bagi membantu siasatan.

 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 September 2017 @ 8:49 PM

 

Ummi Yang Melaporkan ,

Muna liza binti Ismail

#BaitusSolehah

#Selamatkan2Jiwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!