Home / dunia hiburan / pelakon Hati Perempuan ditahan miliki dadah lebih 5 gram

pelakon Hati Perempuan ditahan miliki dadah lebih 5 gram

 

Sebelum ini, pelakon Khaeryl Benjamin atau lebih dikenali sebagai Benji telah ditahan polis kerana memiliki dadah. Kali ini, seorang lagi pelakon drama popular mendapat liputan media apabila beliau ditahan selepas pihak polis menemui dadah jenis ganja di dalam kereta Honda Jazz miliknya.

Suspek terbabit merupakan pendatang baru dalam industri dunia hiburan dan mulai menempa nama menerusi drama slot Akasia, Hati Perempuan. Beliau yang juga pernah mengacara rancangan ‘travelog’ popular di sebuah stesen televisyen terkenal Malaysia telah diuji positif ganja bersama dua orang lelaki lain yang dikenal pasti sebagai rakan dan adiknya sendiri.

 

Ditahan miliki dadah lebih 5 gram

 

Laporan terbaru Harian Metro menyatakan pelakon tersebut kini berada dalam siasatan dalaman pengurusan stesen televisyen tempat dia bekerja. Menurut jurucakap stesen tersebut, siasatan terperinci berhubung kes tersebut akan dijalankan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lanjutan dikenakan ke atas pelakon terbabit.

 

Kita masih jalankan siasatan. Kita lakukan siasatan dulu sebelum mengambil tindakan lanjut sekiranya dia benar-benar terbabit dalam insiden itu.

 

Pihak pengurusan tidak akan menyembunyikan salah laku terbabit jika benar dia bersalah. Beri kami ruang untuk jalankan siasatan terlebih dulu.

 

Berhubung kes itu, tangkapan ke atas pelakon itu dilakukan setelah anggota polis mendapati satu tin berisi ganja serta ganja mampat di dalam kereta dinaikinya. Turut ditemui, sebuah botol lutsinar yang diubahsuai, yang dipercayai digunakan untuk tujuan menghisap ganja.

 

Sumber: Harian Metro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!