Home / Kisah / Pelakon Nizen Ayob disihir dengan ilmu hitam sehingga tertanam paku karat, gigi dalam kepala

Pelakon Nizen Ayob disihir dengan ilmu hitam sehingga tertanam paku karat, gigi dalam kepala

Pelakon Nizen Ayob, 32, mengaku dirinya  selepas mendapatkan rawatan dengan seorang pengamal perubatan tradisional.

Lebih mengejutkan, ketika menjalani rawatan, pengamal perubatan itu mengeluarkan rangka gigi manusia dan paku karat dari kepala Nizen.

Bintang siri drama Gerak Khas itu memberitahu keadaan kesihatannya mulai merosot sejak beberapa bulan lalu.

“Disebabkan itu, saya membuat keputusan untuk memperlahankan kerjaya lakonan termasuklah pembabitan dalam drama Gerak Khas yang dibintangi hampir lima tahun lalu meski telah sebati dengan diri saya,” ujarnya seperti dilapor Utusan Online.

Nizen yang mempunyai pertalian darah dengan Allahyarhamah Seniwati Datin Umi Kalthum dan Noorkumalasari, berkata dia terkejut apabila melihat dua objek itu dikelurkan dari kepalanya.

“Pakcik itu mengurut-urut dahi saya dengan tangannya secara perlahan-lahan menggunakan sejenis minyak sehingga terhasil kesan seperti sedang menjalani pembedahan kecil lalu dia mengeluarkan rangka gigi manusia dan paku karat.

“Memang terkejut walaupun terasa sakit semasa dia melakukan ‘pembedahan’ berkenaan terutama apabila dua objek itu mahu dikeluarkan. Malah kesan luka masih kelihatan sehingga hari ini,” katanya.

Nizen turut berkongsi gambar paku karat dan gigi itu menerusi laman Instagram.

Menurut pelakon yang mula dikenali menerusi drama Istikharah Cinta itu, itu adalah kejadian kedua pernah dilaluinya dan kali ini paling teruk.

Ditanya puncanya, dia sendiri tidak tahu namun sedar setiap hamba-Nya pasti ada kekhilafan termasuk dirinya sehingga ada pihak yang tidak berpuas hati.

Bagaimanapun Nizen bersyukur kesihatannya kembali pulih dan berdoa agar pengamal ilmu hitam berkenaan segera bertaubat.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *