Home / Kisah / PENGALAMAN AKU KENA TINDIH DENGAN ‘HANTU’

PENGALAMAN AKU KENA TINDIH DENGAN ‘HANTU’

 

PENGALAMAN AKU KENA TINDIH DENGAN ‘HANTU’

Biasanya, masa kita kena tindih tu, mata kita terbukak tapi tak nampak makhluk yang menindih tu. Cuma dapat rasa sahaja. Bila aku fikir balik, rasanya ada persamaan dalam semua episod ‘aku kenda tindih’ sebelum ini. Majoriti orang yang kena tindih lebih kurang sama macam cerita aku kat bawah.

 

Pengalaman aku kena tindih ni berlaku masa study di universiti dulu. Kehidupan sebagai mahasiswa mestilah dipenuhi dengan assignments. Siang pergi kuliah, malam berjaga siapkan kerja sampai ke pagi. Kadang-kadang tak tidur langsung. Campus life penuh dengan stress.

 

Nak dijadikan cerita, satu hari tu memang badan aku dah terlampau penat. Tapi memandangkan kerja banyak lagi yang belum siap, cuba jugak untuk stay up. Aku stay up sampai pagi walaupun waktu itu badan aku dah penat dan letih sangat. Sampai tak sedar tertidur. Rasanya dalam 5 minit lepas tu dah mula terasa badan ditindih.

 

Pada masa tu, rasa macam takut giler. Bayangkan semua anggota badan jadi kaku. Nak angkat jari pun tak mampu. Suara pulak tersangkut di kerongkong macam ada tangan yang mencekik leher. Aku cuba panggil roomate kat sebelah, tapi suara yang keluar cuma…erkk…erkk..erkk.

 

Dan selepas itu, kesemua siri ‘kena tindih’ melibatkan perkara yang sama.

KENAPA KENA TINDIH DENGAN ‘HANTU’ ?

Hasil dari kesimpulan aku :

 

1. Kena tidih masa tidur adalah disebabkan oleh badan dan otak yang terlalu penat.
2. Tidur dengan membiarkan tingkap bilik terbuka, sebab salah satu peristiwa kena tindih ialah membiarkan tingkap terbuka sampai ke pagi.
3. Tak baca doa tidur terlebih dahulu.

4. Tidur lewat, biasanya pukul 3 dan 4 pagi, akan rasa kena tindih selepas 5 minit tidur.
5. Orang kata biasanya kalau kena tindih sebab kita tidur tempat tidur ‘dia’.
6. Tidur tanpa menyucikan diri dari kotoran.

 

CARA-CARA NAK ELAK KENA TINDIH MASA TIDUR

 

Sebelum tidur amalkan membaca 3 kali (3 Qul) kerana amalan ini dapat:
Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.
Terhindar dari segala perkara yang buruk.

 

Cara-caranya:

Baca surah tiga Qul (dimulakan dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sehingga habis setiap surah) sambil menadah tangan.

Selepas membaca surah tiga Qul hembus pada tapak tangan dan sapu muka dan seluruh badan, tangan dan kaki. Ulang sebanyak tiga kali.

Sumber Nicknashram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!