Home / Berita / Perang Dunia Ketiga Bakal Tercetus

Perang Dunia Ketiga Bakal Tercetus

Perang dunia ketiga nampaknya sedang dirancangkan pelbagai negara -negara besar seperti united kingdom, Rusia, dan Amerika Syarikat.

dipetik dailymail, sekarang  negara-negara besar  terus berlumba untuk meningkatkan persenjataan angkatan iliter mereka.Terutama Rusia, melalui  presiden Vladimir Putin mengancam akan menyerang negara-negara yang cuba untuk menekan Rusia.

Daily mail melaporkan tidak ada satupun negara yang boleh menandingi Rusia dalam hal ketenteraan dan akan menyerang negara-negara yang cuba melakukan segala bentuk penekanan terhadap Rusia.Vladimir Putin juga bersumpah akan terus mengemaskini dan menambah peralatan perang seperti Combat Jets, peluru berpandu, dan sejumlah senjata lain.

Gawat, Rusia Ancam Bakal Lakukan Perang Dunia Ketiga
Perbandingan Kekuatan Tentera Rusia dan United Kingdom

respon daripada tindakan  presiden Rusia tersebut, Deputy Supreme Allied Commander Europe dan Ketua Tentera Inggeris, Sir Adrian Bradshaw berkata kenyataan presiden Putin boleh menimbulkan konfilk baik di negara Eropah dan dunia.

“Apa yang dilakukan Rusia merupakan taktik yang dilakukan Kesatuan Soviet, mereka memperlihatkan kekuatan tentera,” ujarnya ketika bercakap di Royal United Services Institute London.Sementara itu menurut bekas anggota angkatan udara United Kingdom Sir Michael Graydon mengatakan apa yang dilakukan Rusia sama seperti yang dilakukan Kesatuan Soviet pada tahun 80an.

” NATO Harus memberikan tekanan kepada Rusia kalau mereka diam saja Rusia akan mudah sekali melakukan eksploitasi dan berfikir negara Nato lemah,” ungkapnya.

Sementara itu Perdana Menteri UK David Cameroon mengatakan United Kingdom tidak berdiam diri dengan sikap Rusia dan pencerobohan Rusia terhadap Ukraine merupakan jenayah perang dan Rusia harus dihukum kerana sudah mencetuskan peperangan.

“Kami akan menghantar amaran keras kepada Presiden Putin apa yang telah dilakukan Rusia tidak boleh diterima kalau mereka tidak mengindahkan teguran tersebut, sekatan berat akan mereka terima, mereka jangan berfikir kalau kami Nato (Amerika, Perancis, United Kindom,, dan Jerman) berdiam diri dengan tingkah mereka, kami akan lakukan tindakan tegas “terangnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!