Home / ISU / Percutian keluarga yang sepatutnya menyeronokkan bertukar jadi macam nightmare. Congkak Park and Resort, Hulu Langat

Percutian keluarga yang sepatutnya menyeronokkan bertukar jadi macam nightmare. Congkak Park and Resort, Hulu Langat

 

 

Percutian keluarga yang sepatutnya menyeronokkan bertukar jadi macam nightmare. Congkak Park and Resort, Hulu Langat yang diuruskan oleh Tourism Selangor amatlah mengecewakan. Kami check in semalam hari sabtu 7 Oktober 2017, menyewa sebuah banglo nombor 9 yang berharga RM371 untuk satu malam

. Kalau melihat gambar yang diberikan oleh agent yang menguruskan tempahan memang cantik banglo tu. Tapi bila sampai depan banglo, aduhai dari luar dah nampak sedikit usang ya Tuhan. Rumah orang mati kena bunuh ke ni?

 

Buka je pintu, tu diaaaa semerbak bau kulat dan kulapuk. Masuk dalam, aduhai memang terkejut sungguh tengok sofa kulit yang dah koyak atas bawah dan bila duduk pun tenggelam.

Penuh berkulat blind langsir dah bertompok, bertambah terkejut bahagian siling seluruh rumah pun sama berkulat! Ini kalau roboh siling ni memang naya! Kami letak semua barang dulu kerana ada beberapa aktiviti yang telah dirancang harus dilaksanakan juga, jadi masing-masing turun ke sungai di depan banglo.

 

Usai semua aktiviti di sungai, balik ke banglo nak bilas badan tapi air dalam bilik air punya lah kecil. Apa gaya nak mandi ni, kotornya bilik air tak payah ceritalah haihh.

Bila nak baringkan Areej atas katil, duduk aje atas tilam prappppp dan saya sendiri jatuh ke lantai. Ya Tuhan, rupanya divan katil dah hancur, jadi tak dapat tampung beban lagi.

Kemudian saya bangun dan pergi ke bilik sebelah, tengok cadar katil bertompok-tompok kotor dengan kesan kulat, tahi lalat dan tak tahulah apa lagi jenis kotor tu. Gelinya rasa, sudahnya pakaikan baju Areej atas lantai yang dilapik dengan sejadah.

 

Terus salah seorang ahli keluarga ambil kereta dan drive ke entrance sebab disitu ada ofis kecil registration untuk minta tukar kain cadar katil, masa tu dah pukul 6pm lebih, semua pekerja resort dah balik kecuali guard sahaja.

Bayangkan pengurusan resort boleh tinggalkan semua guests yang menyewa di situ sendirian, kalau apa-apa kemalangan berlaku di tengah malam macam mana?

Ini memang mengarut. Kecewa punya pasal balik ke banglo semula terpaksa make do with whatever yang ada. Tambah lagi 3 kali bekalan elektrik terputus sebab suis kat DV tendang.

 

Hati dah semakin sakit sebab keperluan asas pun tak ada, plastik sampah pun tak disediakan, peti ais pun dah berkarat, nak guna pun takut. Kettel untuk masak air panas pun tak ada, sabun mandi dan tuala pun tak disediakan.

Bayangkan dengan harga sebegitu, apapun tak ada! Malam bila nak tidur kami cuba tutup pintu, tapi lepas tu masing-masing sesak nafas dan sakit dada sebab bau kulapuk dan udara yang dah tercemar. Penyelesaiannya terpaksa buka semua pintu termasuk pintu depan untuk dapatkan sedikit udara segar biar udara beredar.

Tapi dah serangga pula yang masuk. Ini belum kira bab hantu lagi. Bawah rumah ada anjing liar sekeluarga 4 ekor, kurus dan lapar. Diorang ni tak fikir bahaya ke pada guest?

 

Bayangkan mak dan ayah saya pun ikut, ada budak-budak lagi dan terpaksa bernafas dengan udara yang tercemar dengan kulat macam tu. Memang sangat-sangat bahaya!

Pihak Tourism Selangor harus peka, memalukan sungguh bila resort yang diuruskan sendiri dalam keadaan begini. Bangunan tu memang tak sesuai untuk disewa dan diduduki langsung oleh manusia pun. Kami memang betul-betul rasa tertipu sebab gambar yang diberi waktu nak menempah tak seperti keadaan sebenar.

Mohon yang membaca post ini #viralkan supaya tak ada lagi yang ditipu seperti kami.

#CongkakParkAndResort
#TourismSelangor
#TourismMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!