Home / Berita / Portal Pro Barisan National iktiraf Najib sebagai pemimpin islam kedua paling berpengaruh di dunia

Portal Pro Barisan National iktiraf Najib sebagai pemimpin islam kedua paling berpengaruh di dunia

PERDANA Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak menerima pengiktirafan sebagai pemimpin islam kedua paling berpengaruh di dunia selepas Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Pengiktirafan itu dianugerahkan oleh sebuah portal pro Barisan Nasional (sebut Barang Naik) yang memang dikenali sebagai portal pro Najib dan Rosmah.

Tempat ketiga disenaraikan oleh portal pro Najib tersebut ialah Raja Arab Saudi, Raja Salman Bin Abdulaziz Al Saud. Nama Raja Brunei, Sultan Hassanul Bolkiah disenaraikan di tangga ke enam.

Lebih lucu Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qardhawi berada jauh ke bawah berbanding Najib Razak dalam pengiktirafan pemimpin Islam paling berpengaruh dunia yang diberikan oleh portal itu. Al-Qaradhawi diletakkan di tangga ke sembilan.
 
BACA : Najib Tersenarai Tangga No 2 Pemimpin Paling Kuat Rasuah Di Dunia

Kasihan Najib Nazak, walaupun seluruh dunia mengejek dan mengecam beliau sebagai pemimpin ‘kleptokrasi’ (perompak duit rakyat), mengutuk skandal 1MDB dan duit RM2.6 billion dalam akaun peribadinya, masih ada portal sampah yang sanggup mengiktiraf dirinya.

Lepas ni bolehlah Najib tersenyum sambil tersipu-sipu ‘syok sendiri’ seorang diri depan cermin kerana dipuji sebagai pemimpin Islam kedua paling berpengaruh dunia.

Kalau Najib nak senyum lebih, beliau boleh call saja editor portal tersebut untuk mengiktirafnya sebagai pemimpin paling berpengaruh di dunia, atau paling berpengaruh di sistem suria.

Jika nak suruh portal tersebut iktiraf beliau sebagai pemimpin paling berpengaruh di galaksi bimasakti dan alam semesta pun tentu tak jadi masaalah.

sumber artikel : http://www.milosuam.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *