Home / politik / Roh UMNO dalam jiwa muhammad taib masih tebal

Roh UMNO dalam jiwa muhammad taib masih tebal

Roh UMNO dalam jiwa muhammad taib masih tebal
Roh UMNO dalam jiwa muhammad taib masih tebal

Roh UMNO dalam jiwa muhammad taib masih tebal |  SHAH ALAM – Betullah bagai dikatakan, hanya manikam mengenal jauhari. Begitu juga kisahnya dengan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang dikenali sebagai pejuang tulin berjiwa UMNO.

Ini diakui bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Zainal Abidin Sakom yang menyifatkan Muhammad tidak pernah jemu bercakap mengenai kepentingan orang Melayu, termasuklah ketika beliau bersama Pas dan PKR tidak lama dulu.

Menurutnya, bekas ketuanya itu tidak menjumpai perjuangan Melayu dalam Pas dan PKR menyebabkan beliau kembali bersama UMNO demi kelangsungan hidup bangsanya.

“Walaupun dia berada dalam parti pembangkang ketika itu, dia masih berceritakan kepada saya mengenai UMNO. Benarlah, jiwanya masih UMNO..selama-lamanya,” katanya dalam temubual eksklusif dengan media pro-UMNO, Selangorpost.

Menurut Zainal Abidin, beliau secara peribadinya amat terharu dengan tindakan Muhammad kembali menyertai UMNO pada 17 September lalu, ketika saat parti itu kini sedang memperkasakan jentera untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Beliau yakin, bekas ketuanya itu sudah melihat sendiri kepincangan yang ada dalam pembangkang sehingga mendorongnya kembali kepada perjuangan UMNO.

“Sampai satu ketika bila dia lihat DAP buat satu gerakan untuk menukar kepimpinan ulama dalam Pas yang boleh mereka beli, dia sudah rasakan pembangkang mula dikuasai DAP.

“Selepas itu dia keluar Pas. Dia masuk PKR dan ketika itu dia melihat pemimpin Melayu dalam PKR hanya boleh bercakap soal Melayu di kalangan pemimpin Melayu sahaja.

“Tapi apabila ada India dan Cina, mereka tidak boleh bercakap soal Melayu. Beliau sedar, PKR juga tidak boleh diharap untuk menjaga kepentingan orang Melayu,” katanya. – MalaysiaGazette

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!